PRN Johor: Presiden PPBM Pun Pernah Keluar Parti… Jangan Emosional Sangat – Mazlan Bujang

 

TEBRAU, 3 Feb – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang ‘menasihatkan’  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak emosional berhubung tindakannya sebelum ini yang keluar daripada PPBM.

Jelas beliau yang juga bekas Pengerusi PPBM Johor, tindakan keluar dari parti adalah satu perkara yang biasa dalam politik negara ini malah pernah dilakukan oleh Muhyiddin sendiri. 

“Janganlah emosional sangat, saya bukannya keluar agama, saya keluar parti dan ini perkara biasa dalam Malaysia. Yang awak ni ‘pancing’ orang UMNO berduyun-duyun dan masuk dalam PPBM itu bermoral?

“Habis tu Abah Ketua Bahagian masuk PPBM … dan adakah tindakan saya tidak bermoral?

“Kalau tindakan saya tidak bermoral… awak lagi tidak bermoral. Jadi sebelum kata-kata yang tidak manis itu berfikirlah banyak kali. Dah tua-tua berpolitik ni kena matang,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Terdahulu Mazlan mendakwa tidak sehaluan dengan Presiden Bersatu dan tidak nampak parti ini ada masa depan yang cerah.

Tindakannya itu turut disertai bekas Adun Larkin Datuk Mohd Izhar Ahmad. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.