Misi Bantuan Kepada Barisan Hadapan

KIMANIS 25 Mac– Wanita UMNO Bahagian Kimanis sempat melaksanakan Program Misi Bantuan kepada Barisan Hadapan di Pejabat Daerah Papar, IPD Papar, Hospital Daerah Papar, Balai Polis Bongawan, Klinik Kesihatan Bongawan, Balai Polis Membakut & Klinik Kesihatan Membakut. Semoga sumbangan yang sedikit daripada pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kimanis & UMNO Bahagian ini dapat meringankan beban mereka.

» Read more

Menyampaikan Bantuan

PARIT SULONG 25 Mac–Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan untuk bersama petugas-petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong memberi bantuan kepada yang memerlukan di sini hari ini. Foto–FB Dato’ Dr. Noraini Ahmad

» Read more

Ikut Arahan, Kita Sama-Sama Kekang Wabak COVID-19 – Norshida

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim mengharapkan agar rakyat di seluruh negara bukan sahaja terus akur malah mengikuti dengan jelas arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Ini kerana jelas beliau tanpa kerjasama dan komitmen yang bersepadu di pelbagai peringkat sudah pasti usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 tidak akan menepati […]

» Read more

Noraini Umum PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad mengesahkan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pelepasan penangguhan bayaran balik selama tiga bulan. “Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuatkuasa serta merta hingga 30 Jun 2020. Semua peminjam PTPTN akan dikecualikan dari tindakan penguatkuasaan dan perundangan, “Pelepasan ini melibatkan semua peminjam,” kata Noraini […]

» Read more

Kecaman Dan Kenyataan Tidak Bertanggungjawab,  Tidak Akan Bantu Usaha Kerajaan Tangani Covid-19, Bidas Norliza

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Wanita UMNO Malaysia hari ini menyelar kenyataan seorang netizen menggunakan nama ‘Joe Lee’ yang seolah-olah mengugut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Naib Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim berkata Joe Lee yang memuatnaik status di Twitter antaranya berbunyi “any death arise from this, the fcxxxxx blood is on your hands” adalah keterlaluan dan tidak […]

» Read more

IPT Diminta Sediakan Penempatan Sementara Kepada Pelajar Hadapi Kekangan Termasuk Akses Makanan – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad meminta pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman dan memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria. “Kita maklum dengan arahan larangan pergerakan dan pekeliling pentadbiran yang dikeluarkan beberapa Universiti Awam untuk mahasiswa mengosongkan kampus. “Namun, tindakan pulang tergesa-gesa […]

» Read more

Peranan Semua Pihak Jayakan Perintah Kawalan Pergerakan Bendung Wabak COVID-19

MELAKA, 17 Mac – Ketua Wanita UMNO Melaka Haryaty Hamdzah berpandangan langkah Perintah Kawalan Pergerakan perlu dijayakan secara bersama oleh pelbagai pihak. Beliau menyeru rakan-rakan ahli parti terutamanya Ahli Wanita UMNO untuk mengehadkan pergerakan dan mengambil langkah penjagaan rapi bagi mengelakkan wabak ini terus menular. “Tempoh kawalan yang agak lama diberikan ini, bukan ruang untuk melawat saudara mara, jiran tetangga. […]

» Read more

Syor Polisi Pakaian Patuh Syariah Satu Cadangan Baik, Kemajmukan Malaysia Tidak Diketepikan – Rosni

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata pihaknya menyokong saranan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga (KWK), Datuk Siti Zailah Mohd Yusof mengenai pelaksanaan polisi pemakaian patuh syariah bagi pramugari yang beragama Islam dan diharapkan syarikat penerbangan dapat memberikan kebebasan kepada mereka dalam hal tersebut. Menurut beliau saranan berkenaan dilihat sebagai menjaga kedudukan dan mengelakkan eksploitasi […]

» Read more

Noraini Ahmad Kini Menteri Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Datuk Dr Noraini Ahmad menyaksikan pelbagai pencapaian menarik dalam kerjaya politiknya dengan yang terbaharu dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong telah meletak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkuatkuasa hari ini. Noraini merupakan wanita pertama dilantik […]

» Read more
1 210 211 212 213 214 314