Noraini Umum PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad mengesahkan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pelepasan penangguhan bayaran balik selama tiga bulan.

“Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuatkuasa serta merta hingga 30 Jun 2020. Semua peminjam PTPTN akan dikecualikan dari tindakan penguatkuasaan dan perundangan,

“Pelepasan ini melibatkan semua peminjam,” kata Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut beliau, keputusan diambil oleh kerajaan setelah mengambil kira kesan wabak koronavirus-2019 (COVID-19) kepada negara.

“Wabak COVID-19 telah beri kesan kepada ekonomi negara. Akibatnya, para peminjam PTPTN kehilangan dan kekurangan sumber untuk melakukan bayaran balik,” jelas Noraini lagi yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit