Raikan Aidilfitri Dalam Norma Baharu, Patuhi SOP – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 23 Mei – Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun semua umat Islam harus bergembira dalam menyambut hari raya Aidilfitri ini namun ianya haruslah dalam norma baharu yang mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.

Jelas beliau, harus diingat, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan oleh kerajaan dan ia tidak boleh diingkari demi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Tahun ini kita akan meraikan hari raya dengan cara yang pastinya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Raya kali ini kita akan sambut dalam suasana yang berbeza sebab negara masih dalam PKPB.

“Oleh itu, banyak SOP yang perlu kita patuhi. Jadi, untuk berhari raya walaupun perlu bergembira bersama keluarga tapi patuhilah pada setiap peraturan dan SOP.

“Oleh itu, saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini. Jangan lupa, raikan Aidilfitri dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan,” ujar beliau dalam ucapan khas sempena hari raya Aidilfitri. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.