Sultan Sallehuddin Selamat Ditabal Sultan Kedah Ke-29

ALOR SETAR, 22 Okt – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini selamat ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini. Sebaik selesai ditabalkan, baginda Sultan kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat Pertabalan baginda itu juga berlangsung dalam suasana penuh […]

» Read more

Rakyat Dan Negara Adalah Amanah Untuk Pemimpin – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan pemimpin negara bahawa negara ini dan rakyat adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, justeru harus dijaga dengan pemerintahan yang benar dan adil. Titah baginda mereka perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan jujur dan berintegriti seiring dengan janji yang diberikan kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 […]

» Read more

Zuraida Dapat Ucapan ‘Tahniah’, Berani Teruskan Inisiatif Kerajaan Dahulu Tanpa Batal Atau Tangguh

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin hari ini mendapat ‘pujian’ daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohd Sadique kerana meneruskan usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Menurut beliau menteri-menteri lain seharusnya menjadikan contoh apa yang dilakukan oleh Menteri KPKT berkenaan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya seperti membatalkan atau menangguhkan inisiatif […]

» Read more

Pemutihan Parti Perlu Dilakukan Segera Agar Tiada Lagi Duri Dalam Daging… Api Dalam Sekam – Perwakilan Puteri

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wakil pembahas negeri Perak, Nordiana Suhaileen Mohd Azmi mencadangkan agar pemutihan ahli UMNO dilakukan dengan kadar segera agar tiada lagi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’ seperti yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Jelas beliau, UMNO tidak boleh lagi mengharapkan rekod tiga juta ahli yang ada sekarang ini kerana ianya sudah pasti berubah dengan senario […]

» Read more

CEP Mesti Dibubarkan, Laporannya Mesti Didedah Kepada Parlimen dan Rakyat – Annuar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Demi kebaikan, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) harus dibubarkan dengan anggotanya tidak harus terlibat dalam urusan kerajaan dan biarlah sistem yang sedia ada berfungsi mengikut peraturan dan perlembagaannya, kata Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. “Kita mengucapkan terima kasih kepada CEP, terdiri daripada lima tokoh rapat dengan Perdana Menteri (PM), yang telah pun menamatkan […]

» Read more

Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah & Berdasarkan Laporan Audit Separuh Masak

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Merujuk kepada sessi penggulungan oleh  YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH. Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan […]

» Read more

Fakta Dan Rekod Buktikan BN Wariskan Negara Dalam Keadaan Yang Sangat Baik

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemimpin kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) seharusnya bersikap lebih telus dan mengakui kebenaran, bukannya masih meneruskan mentaliti sebagai seorang pembangkang. Jelas beliau, rakyat boleh menilai sikap mereka ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat yang masih terus-terusan berpolitik menuding jari ke arah orang lain. “PH sepatutnya mengakui […]

» Read more

UEC: Kerajaan Perlu Ambil Kira Pandangan Pakar, Tokoh Negarawan Sebelum Pelaksanaan

IPOH, 25 Julai – Kerajaan perlu mengambil kira pandangan pakar dan tokoh negarawan dalam setiap perancangan dasar baharu bukannya sekadar menerima cadangan seterusnya melaksanakannya tanpa melihat kepada kesan dan akibat dasar tersebut. Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata ini kerana kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, polisi dan akta sedia ada sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. “Pengiktirafan […]

» Read more

Sahabat Seperjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini. Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

» Read more
1 181 182 183 184