Persidangan Bawa Paradigma Baharu, Perkasa Perpaduan Tawan Kembali Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berharap Persidangan Wanita UMNO Malaysia yang berakhir petang semalam membawa paradigma baharu kepada gerak kerja Wanita. Beliau berkata, segala perbincangan kepada gerak kerja terbaik kepada Wanita perlu dibawa ke bahagian masing-masing dan diterjemahkan bagi memastikan pemahaman kepada ahli UMNO dapat diperincikan dengan sebaiknya. “Sampaikan segala informasi-informasi yang […]

» Read more

Rakyat Beri Isyarat Jelas Mahukan Parti Yang Bersih, Relevan Serta Kepimpinan Berintegriti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wanita UMNO Selangor berpandangan bahawa rakyat telah memberi isyarat yang sangat jelas bahawa negara ini memerlukan sebuah parti yang bersih, relevan serta kepimpinan yang berintegriti stabil demi masa depan dan kemakmuran bersama. Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim berkata ini adalah realistik dan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bangkit dan sedar untuk dilihat memikul […]

» Read more

Kaji Semula Had Umur Undi 18, Tahap Kematangan Dan Pemahaman Pilihan Raya Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wanita UMNO Negeri Kedah hari ini berharap pemimpin parti yang berada dalam kerajaan hari ini untuk menggubal kembali had umur mengundi 18 tahun. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang berkata ini kerana tahap kematangan dan pemahaman tentang pilihan raya golongan ini masih rendah. “Tahap kematangan dan pemahaman tentang pilihan raya, pengundian, sistem demokrasi, […]

» Read more

Proses Pemulihan Parti Perlu Dilakukan Segera, PRU15 Jadi Iktibar – Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata proses pemulihan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan mulai sekarang bagi memastikan kedua-duanya kembali bangkit. Ujarnya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dijadikan iktibar untuk menilai kelemahan, memperbaiki dan merancang strategi yang lebih berkesan dan seterusnya kembali bangkit bagi meraih kepercayaan rakyat untuk […]

» Read more

Cabaran PRU15 Jadi Pembakar Semangat Skuad Sayang Terus Dekati Masyarakat – Noraini

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh parti sepanjang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak mematahkan semangat Skuad Sayang Kebangsaan bahkan ianya menjadi pencabar serta pembakar semangat untuk skuad tersebut terus mendekati masyarakat. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO khususnya Skuad Sayang perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi iklim politik […]

» Read more

Pelbagai Topik, Aspek Bakal Hiasi PAU 2022 Untuk Teruskan Perjuangan – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ketua-ketua Penerangan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO hari ini diraikan dalam satu majlis santai bersama Ketua Penerangan parti, Isham Jalil sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan bermula petang nanti dengan Majlis Taklimat Presiden. Majlis ramah mesra tersebut walaupun dalam jangka waktu yang singkat, namun ia memberi ruang secara lebih dekat kepada barisan hadapan parti […]

» Read more

Raptai PAU 2022 Meriah, Perbarisan Warnai Semangat Parti

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 telah berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pagi tadi. Seperti kelaziman kemeriahan sambutan menyaksikan perbarisan oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia dan Skuad Sabil dari Pergerakan Pemuda UMNO serta iringan lagu ’Inilah Barisan Kita’ untuk menyambut kedatangan Presiden. Raptai bermula seawal 7.30 pagi […]

» Read more
1 179 180 181 182 183 319