Cukuplah Sekali … Pilih BN Semula – Puad

KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Cukuplah sekali. Pilih Semula Barisan Nasional (BN).” Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung situasi semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. “Ini ‘war cry’ paling popular di PRN Melaka. Tepat sekali. ‘Cukuplah sekali’ kepada Pakatan Harapan (PH), cukuplah sekali kepada PPBM dan cukuplah sekali […]

» Read more

MCA Harap Dapat Sumbang Kerusi Untuk BN – Presiden

MELAKA, 17 Nov – MCA berharap dapat menyumbang beberapa kerusi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata antara kerusi yang dijangka mampu ditawan kembali parti itu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Machap Jaya, Bemban dan Kesidang. Beliau berkata ia susulan perkembangan positif pengundi kepada […]

» Read more

Undi BN, Calon Berkredibiliti, Prihatin… Tak Khianati Parti – Khairy

KOTA MELAKA, 17 Nov- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memohon rakyat di negeri ini melakukan pilihan bijak dengan mengundi BN berdasarkan calon-calon yang berkredibiliti dan prihatin rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov nanti. Katanya, calon-calon BN akan taat setia kepada parti dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. “Saya harap pengundi dapat menyokong BN kerana calon akan taat setia […]

» Read more

Ahmad Zahid Ingatkan Jangan Termakan Fitnah… Mana Ada Ketua Menteri Sementara!

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat khususnya para pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar jangan termakan fitnah. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dengan mengulang kenyataan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan isu yang ditimbulkan pihak tertentu termasuk calon pembangkang […]

» Read more

Calon BN DUN Gadek Berwawasan, Faham Kehendak Rakyat

ALOR GAJAH, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Datuk Noor Azmi Mat Ludin berkata rakyat wajar memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek VP Shanmugam di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu, ini berdasarkan misi dan visi Shanmugam dalam menjaga kepentingan rakyat di […]

» Read more

SOP Kempen Dibiasakan, Pendekatan Kreatif Menuju PRU-15 – Shahril Hamdan

KOTA MELAKA, 17 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berpandangan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sebagai permulaan kepada menggunakan kempen kaedah baharu. Katanya ini kerana meskipun UMNO secara lazimnya menggunakan pendekatan kempen konvensional namun cara baharu seperti digunakan pada kempen PRN ini perlu diaplikasi sebagai persiapan […]

» Read more

Zahari Yakin Rampas DUN Durian Tunggal, Selesaikan Masalah Banjir

ALOR GAJAH, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil yakin merampas kembali kerusi DUN itu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Beliau yakin peluang BN cerah berdasarkan rekod dipegang sejak sekian lama sebelum tumpas dengan hanya majoriti 763 pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lepas. “BN telah menunjukkan […]

» Read more

89.9 Peratus Pengundi Awal Keluar Tunai Tanggungjawab – SPR

MELAKA, 16 Nov – Sejumlah 89.9 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak. Ikmalrudin dalam satu kenyataan berkata ia melibatkan 10,390 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis. “SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan […]

» Read more
1 177 178 179 180 181 275