Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar

ALOR SETAR, 23 Jun — Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga, kiri) melihat senarai nama pencalonan ketika hadir menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku hari ini. Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kedah Datuk Syarifah Maznah Syed Kassim Barakbah (dua, […]

» Read more

Keputusan Empat Parti Di Sarawak Keluar BN Perlu Dihormati

ALOR SETAR, 12 Jun – Keputusan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak untuk meninggalkan gabungan berkenaan bagi membentuk pakatan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dihormati. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata anggota UMNO serta BN tidak perlu bersedih kerana masih ramai anggota yang tetap setia bersama gabungan berkenaan. “Atas sifat sebuah negeri yang […]

» Read more

Norsabrina Akan Tanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KULIM, 12 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Datuk Norsabrina Mohd Noor menawarkan diri bertanding sebagai Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada pemilihan parti itu kali ini. Norsabrina yang juga Ketua Pu¬teri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, berkata keputusan itu diambil berikutan beliau mahu memberi lebih perhatian dalam memperkuatkan semula UMNO di kawasannya selepas meraih kemenangan […]

» Read more

Muhamad Nur Aizat Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 6 Jun – Exco Pemuda UMNO Kedah Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pusat dalam pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO. “Saya ingin memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat […]

» Read more

Kajian Awal PRU14 Buktikan UMNO Tetap Pilihan Utama Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli-ahli UMNO perlu bangkit kembali selepas berdepan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mandat rakyat kepada UMNO khususnya di kalangan pengundi Melayu dan orang-orang Islam tetap unggul, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Kata beliau, UMNO tidak boleh lupa untuk terus mempertahankan agenda Melayu, agenda umat Islam, agenda kaum Bumiputera […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad (28 Jun 1981 – 31 Okt 2003) Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik terdiri daripada empat orang perempuan dan lima […]

» Read more

Tunku Abdul Rahman

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (26 Ogos 1951 – 24 Jan 1971) Bapa Kemerdekaan & Perdana Menteri Malaysia Pertama BIOGRAFI Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih […]

» Read more

180 Jasa Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 2 penggal, namun telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Malaysia, mengatasi 8 atau 9 tahun pemerintahan Madey dahulu. Bayangkan jika DS Najib memegang Malaysia selama 22 tahun seperti Madey. Pastinya lebih banyak jasa DS Najib yang boleh disumbangkan untuk kita semua. Berikut adalah 180 sumbangan dan jasa-jasa […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Perkukuh Parti Untuk Teruskan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mesyuarat cawangan yang bermula hari ini adalah platform terbaik untuk pastikan UMNO kembali bangkit. Beliau percaya UMNO negeri itu akan terus bangkit kerana Kedah pernah merasa menjadi pembangkang dahulu. Jelas beliau, walaupun kali ini Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan pusat […]

» Read more
1 166 167 168 169