Bersama Perwakilan

ALOR SETAR, 26 Jun — Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bergambar kenangan bersama para perwakilan UMNO Kedah sewaktu Majlis Pengenalan Calon Bertanding Pemilihan UMNO 2018 di Pusat Konvesyen TH Hotel Alor Setar petang tadi. […]

» Read more

Tidak Mampu Hormati Perlembagaan? Jangan Pula Provokasi Orang Lain

PERKARA 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Dalam usaha untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam. […]

» Read more

Pengumuman Keputusan Pemilihan Sayap UMNO Akan Diumum Ahad, 24 Jun

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman keputusan muktamad pemilihan sayap-sayap UMNO yang melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan hanya diumumkan esok Ahad, 24 Jun pada pukul lima petang. Menurut beliau, penangguhan ini ekoran masih banyak lagi bahagian-bahagian yang masih belum selesai mengadakan pengiraan undi memandangkan ada diantaranya yang mengadakan […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar

ALOR SETAR, 23 Jun — Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga, kiri) melihat senarai nama pencalonan ketika hadir menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku hari ini. Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kedah Datuk Syarifah Maznah Syed Kassim Barakbah (dua, […]

» Read more

Keputusan Empat Parti Di Sarawak Keluar BN Perlu Dihormati

ALOR SETAR, 12 Jun – Keputusan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak untuk meninggalkan gabungan berkenaan bagi membentuk pakatan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dihormati. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata anggota UMNO serta BN tidak perlu bersedih kerana masih ramai anggota yang tetap setia bersama gabungan berkenaan. “Atas sifat sebuah negeri yang […]

» Read more

Norsabrina Akan Tanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KULIM, 12 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Datuk Norsabrina Mohd Noor menawarkan diri bertanding sebagai Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada pemilihan parti itu kali ini. Norsabrina yang juga Ketua Pu¬teri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, berkata keputusan itu diambil berikutan beliau mahu memberi lebih perhatian dalam memperkuatkan semula UMNO di kawasannya selepas meraih kemenangan […]

» Read more

Muhamad Nur Aizat Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 6 Jun – Exco Pemuda UMNO Kedah Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pusat dalam pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO. “Saya ingin memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat […]

» Read more

Kajian Awal PRU14 Buktikan UMNO Tetap Pilihan Utama Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli-ahli UMNO perlu bangkit kembali selepas berdepan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mandat rakyat kepada UMNO khususnya di kalangan pengundi Melayu dan orang-orang Islam tetap unggul, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Kata beliau, UMNO tidak boleh lupa untuk terus mempertahankan agenda Melayu, agenda umat Islam, agenda kaum Bumiputera […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad (28 Jun 1981 – 31 Okt 2003) Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik terdiri daripada empat orang perempuan dan lima […]

» Read more
1 164 165 166 167