Muhamad Nur Aizat Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 6 Jun – Exco Pemuda UMNO Kedah Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pusat dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.

“Saya ingin memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat golongan profesional muda di bawah umur 30 tahun. Oleh itu, saya mohon sokongan daripada seluruh perwakilan Pemuda di 191 Bahagian seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Muhamad Nur Aizat, 26, berkata dia juga berhasrat untuk bertanding bagi ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok.

Pada 22 Mei lepas, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan UMNO cawangan diadakan dari 19 Mei hingga 10 Jun, pemilihan ketua sayap pada 23 Jun, manakala pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.