PH Jangan Gula-gulakan Rakyat, Projek Berbilion Tidak Selesai Masalah Rakyat

ALOR SETAR 21 Mac – Kerajaan negeri digesa tidak ‘menggula-gulakan’ rakyat negeri ini dengan mengumumkan projek berbilion ringgit yang tidak membawa erti dalam realiti hidup mereka kerana perkara sepatutnya adalah mengutamakan kebajikan dan keperluan masyarakat. Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, adalah lebih baik jika kerajaan memberi fokus kepada projek yang mampu mengatasi masalah bekalan air bersih yang […]

» Read more

PH Takut Tumbang, Sebab Itu Tuduh Islam Agama Ganas – Ismail Sabri

  KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya takut dengan kerjasama UMNO dan PAS kerana sekiranya kerjasama ini berjaya maka tidak mustahil kerajaan baru ini bakal tumbang. Jelas beliau, kerana itulah mereka cuba menggambarkan kononnya agama Islam ini ganas ibarat Taliban. “Sebab mereka tidak gembira bila UMNO bekerjasama dengan Pas […]

» Read more

Menteri Besar Sambut Baik Kerajaan Campuran BN- Pas Di Perlis

KANGAR 10 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pas di negeri-negeri yang ditadbir kedua-dua parti tersebut. Katanya, kerajaan campuran BN dan Pas merupakan satu cadangan yang positif ke arah mengorak langkah kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu Islam itu. “Jika cadangan mengenai perkara […]

» Read more

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-253

KUALA LUMPUR 27 Feb– Menteri Besar Perlis DAtuk Seri Azlan Man menghadiri dan mengiringi Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-253, tahun 2019 bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-253 ini telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan […]

» Read more

Banyak U-Turn, Bercanggah… Firma Penyelidikan Dakwa Kerajaan PH Hadapi Krisis Keyakinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Sebuah firma penyelidikqn Citrine One Sdn Bhd menyimpulkan berlaku krisis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan rakyat keliru terhadap dasar kerajaan, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, kerajaan PH Terlalu banyak ‘U-turn’, percanggahan dan menteri pula tidak seragam sesama sendiri. “Kerajaan PH masih diselubungi oleh sindrom penafian […]

» Read more

Kerajaan PH Hanya Sibuk Berpolitik, Pengundi Semenyih Perlu Beri ‘Wake-Up Call’– Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah golongan terpenting bagi memberi ‘wake up call’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sibuk berpolitik tanpa menghiraukan rakyat yang perlu dibantu, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, kerajaan PH hanya sibuk dengan politik, sibuk nak merampas ‘ghanimah’ (rampasan perang), sibuk […]

» Read more

Pesawah, Petani Bukan Bodoh… ‘Salahuddin Layak Menerima Anugerah Pelakon Terbaik’

ALOR SETAR 15 Feb. – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh-bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak-esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor, semalam, sedangkan tiada tindakan khusus dilakukan pihak kerajaan setakat ini bagi membantu golongan berkenaan.   Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman […]

» Read more

Selamat Datang Bossku

LANGKAWI 1 Feb–Mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Dato’ Nawawi Ahmad bersama rakyat setibanya di Langkawi di sini hari ini.

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more
1 148 149 150 151 152 153