Ramah Mesra

Sepang, 29 Ogos–Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baharu pulang dari mengerjakan haji beramah mesra bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bertemu secara kebetulan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di sini petang ini. Turut bersama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Keputusan Hapus GST Punca Kekalutan Dasar Ekonomi Kerajaan PH Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya projek ERCL tidak menguntungkan rakyat, sedangkan sekiranya pelaksanaan projek tersebut diteruskan, kegiatan ekonomi akan melonjak, wujudnya peluang pekerjaan dan meningkat harga tanah di sekitar kawasan tersebut. Sememangnya menurut beliau, projek tranportasi awam seperti ini […]

» Read more

Kerajaan Persekutuan Perlu Pertimbang Keputusan Batal ECRL – MB Pahang

KUANTAN, 24 Ogos – Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Pusat agar mempertimbangkan semula keputusan membatalkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan menyebabkan ramai anak tempatan kehilangan peluang pekerjaan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembatalan itu juga akan merugikan ketiga-tiga negeri – Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana kerja-kerja awal pelaksanaannya telahpun bermula. […]

» Read more

Dialog Khas “Pasca Pru14 

KUALA NERUS 7 Ogos — Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Mahdzir Khalid menghadiri majlis Dialog Khas “Pasca Pru14 : Halatuju UMNO Dalam Mendepani Cabaran Baharu” di Pejabat UMNO Kuala Nerus malam ini tadi. Foto–FB Mahdzir Khalid

» Read more

Kaji Dan Terus Mengkaji….Itulah Kerajaan Pakatan Harapan Hari Ini

SHAH ALAM, 3 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata kerajaan hari ini dilihat sebuah kerajaan akan kaji dan sentiasa mengkaji termasuklah alasan popular mereka yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu. Mengambil contoh jawapan menteri di parlimen, Khairy berkata pelbagai soalan yang dibangkitkan mengenai segala janji yang dilontarkan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, jawapan menteri akhirnya berkisar ke arah […]

» Read more

Projek ECRL Digantung, Pekerja Diberhentikan…Inikah Kerajaan Adil – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – UMNO kesal dan amat bimbang dengan laporan mengenai kira-kira 1,000 pekerja ECRL diberhentikan berikutan tindakan kerajaan menggantung statusnya pada 3 Julai lalu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambil meminta pekerja terbabit bersabar, beliau menyifatkan langkah kerajaan berdolak-dalik mengenai projek itu sebagai tidak profesional. “Tindakan menabur pasir ke dalam periuk 1,000 pekerja itu, […]

» Read more

Tutup Tahfiz: Kerajaan PH Diminta Jangan Terpedaya Anasir Untuk Rosakkan Institusi Agama

NIBONG TEBAL, 11 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat diminta agar jangan terpedaya dengan anasir-anasir yang boleh merosakan institusi agama di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja di setiap negeri. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail membidas saranan agar kerajaan menutup pusat tahfiz yang dianggap tidak sesuai lantaran lebih baik sekiranya […]

» Read more

Mengangkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri

KUALA TERENGGANU, 1 Julai — Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang (kiri) bersalaman dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga ADUN Seberang Takir selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.– fotoBERNAMA

» Read more

Ramah Mesra Calon Presiden

KUALA TERENGGANU, 24 Jun — Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) yang juga Anggota Parlimen Gua Musang bersalaman bersama ahli parti itu ketika hadir pada majlis ramah mesra calon presiden bersama ahli UMNO negeri di sebuah hotel, hari ini.– fotoBERNAMA

» Read more

Kerajaan PH Batal Projek Bermanfaat Untuk Rakyat, Menghukum Atau Balas Dendam?

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memberhentikan pelbagai inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti dalam kajian ianya memberi manfaat besar kepada rakyat. Menurut Najib, beliau tidak kisah jika kerajaan PH mahu memadamkan segala legasi sepanjang sembilan tahun beliau mentadbir negara hinggakan terdapat laporan yang […]

» Read more
1 141 142 143 144