Sidang Dewan Negara Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 Sept depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18. Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri S.A.Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih satu nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan. Upacara yang berlangsung di […]

» Read more

PDRM Tahan 515 Individu Ingkar PKPP Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Polis Diraja Malaysia menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dan daripada jumlah itu 440 individu telah dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 69 individu direman dan enam individu telah dijamin dalam operasi menerusi Task Force Operasi Pematuhan itu. […]

» Read more

Guan Eng Beretorik Juara Rakyat… 22 Bulan PH Tak Pernah Pedulikan Rakyat – Jazlan

KOTA BHARU, 24 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membidas bekas Menteri Kewangan dari Dap, Lim Guan Eng serta Pakatan Harapan (PH) yang beretorik kononnya prihatin kepada kebajikan rakyat. Sedangkan tegas Ahli Parlimen Machang itu, selama 22 bulan PH menjadi kerajaan, mereka langsung tidak mempedulikan kebajikan rakyat dan hanya pandai menjual aset-aset negara tinggalan […]

» Read more

123 Individu Dikompaun, 12 Direman Ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Seramai 123 individu dikompaun manakala 12 direman atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara kesalahan dilakukan adalah kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal melibatkan 55 individu; 37 individu (aktiviti dalam pub atau kelab malam), 30 (gagal sediakan peralatan atau […]

» Read more

Kerajaan Cadang Bina 7,374 Unit Rumah Mampu Milik, Premium Untuk ATM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kerajaan bercadang membina 7,374 unit rumah di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat bagi membantu warga Kementerian Pertahanan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rumah SASaR ATM mampu milik akan dijual dengan harga dalam lingkungan RM150,000 sehingga RM250,000, […]

» Read more

ECRL Pelengkap Jaringan Sistem Kereta Api Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan akan menjadi pelengkap kepada sistem jaringan pengangkutan kereta api sedia ada. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata projek itu akan memberi manfaat kepada negeri di Pantai Timur khususnya bagi memendekkan jarak perjalanan ke ibu kota. “Kita kena buka koridor ekonomi untuk Pantai Timur dengan […]

» Read more

SOP PRK Chini Digunakan Di PRK Slim, Dengan Penambahbaikan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Garis panduan yang diguna pakai semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan dipraktikkan semula pada PRK DUN Slim dengan beberapa penambahbaikan bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya antara garis panduan yang dipersetujui termasuk Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka […]

» Read more

5,355 Individu Pulang Ke Tanah Air Sejak 24 Julai – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Seramai 5,355 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 21 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor bagi menjalani proses kuarantin wajib. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri […]

» Read more

Agong Zahir Keprihatinan Terhadap Bekas Tentera

PEKAN, 3 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan keprihatinan baginda kepada nasib bekas tentera dengan mencemar duli menziarah dua pesara tentera di daerah ini hari ini, sempena Hari Pahlawan baru-baru ini. Seri Paduka yang berkenan memandu sendiri kenderaan baginda, turut meluangkan masa bertanya khabar kepada Nazeri Mohamed Zin, 64, apabila melihat keadaan […]

» Read more

PKPP: PDRM Tahan 127 Individu Ingkar Pakai Pelitup Muka Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), antaranya adalah 127 kesalahan tidak memakai pelitup muka yang berkuat kuasa mulai semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain adalah 38 individu ditahan kerana tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) manakala 150 orang ditahan kerana menyukarkan penjarakan fizikal. “Daripada jumlah 315, seramai tiga individu telah direman manakala […]

» Read more
1 131 132 133 134 135 149