Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pasir Puteh mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bagi mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan. Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan YB Ustaz Tuan Saripudin dan bekas wakil Rakyat Pas Cikgu Din.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Sultan Nazrin Lantang Tegur Pemimpin

IPOH, 26 Dis – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merupakan antara Raja yang terkenal dengan kelantangan menegur pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng dan cuai dalam tugas hingga menyusahkan rakyat jelata. Raja yang mempunyai daya intelektual dan budi pekerti yang tinggi ini sentiasa menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara. Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan […]

» Read more

Apakah Tauliah Penceramah Agama Kini Di Bawah Gobind Singh Deo?

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Jelaslah bahawa kebebasan bersuara yang selama ini diuar-uarkan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Malah katanya, lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. “Terkesima saya membaca surat […]

» Read more

Ceramah Bantah ICERD

KOTA BHARU, 7 Disember — Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama-sama kepimpinan PAS kelantan di dalam Majlis Ceramah Grand Finale Bantah ICERD di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV malam semalam. Foto: MediaUMNO

» Read more

Petronas ‘Kambing Hitam’ Terbaru PH…Jual Petronas Bermakna Jual Negara?

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Petronas mungkin menjadi aset terbaru negara yang akan dijual oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ini terserlah apabila beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa menteri-menteri Kerajaan sudah memulakan pelan bagi melupuskan 25% ekuiti kerajaan di dalamnya melalui penyenaraian awam di bursa saham, yang dijangka memberi pulangan dana RM200 bilion kepada PH. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk […]

» Read more

ICERD Terus Dibantah, Himpunan Secara Aman Dibuat

JOHOR BAHRU, 16 Nov. – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus dibantah dengan satu perhimpunan secara aman diadakan di sini, hari ini. Lebih 1,000 aktivis, ahli politik dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pekarangan Masjid Jamek Al-Jawahir, Mutiara Rini bagi sebagai membantah retifikasi ICERD. Antara pemimpin politik […]

» Read more

Bajet 2019 Tak Ada Idea Yang Besar, Masih Dalam Mood Salahkan BN – Khairy

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini tidak ada idea yang besar selain daripada ‘mood’ mencari alasan dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Katanya, biarpun bajet tersebut adalah jumlah terbesar dalam sejarah bajet negara namun tidak ada apa-apa yang baru […]

» Read more

Hati-hati Sebelum Iktiraf ICERD

KANGAR 6 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dan mengkaji dengan lebih mendalam kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh negara jika mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan tidak boleh buat keputusan hanya atas desakan sesetengah pihak semata-mata. Dalam masa sama, beliau yang juga Ketua UMNO […]

» Read more

ICERD: Kaji Dahulu Kesannya Kepada Maruah Rakyat, Bangsa Dan Negara

KOTA BHARU, 30 Okt – Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa tanpa membuat kajian secara menyeluruh dan impaknya terhadap rakyat. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan memberi kesan bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah turut membabitkan kaum […]

» Read more
1 123 124 125 126 127 128