Paluan Gong Simbolik Perasmian

SEREMBAN, 23 Nov – Presiden UMNO  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  diiringi timbalannya merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan melakukan paluan gong  sebagai simbolik perasmian ketika majlis perasmian Konvensyen UMNO Negeri Sembilan di Grand Ballroom Klana Resort Seremban hari ini.- Foto: MediaUMNO

» Read more

PH Adalah Pakatan Yang Gagal, Jangan Jadikan Negara Bahan Eksperimen – Tok Mat

  SEREMBAN, 23 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu bersama-sama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain harus menjadi pelopor usaha besar-besaran rakyat Malaysia untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang gagal. Ini kerana menurut beliau, setelah 18 bulan menjadi kerajaan, PH telah menggagalkan negara ini dan rakyatnya secara sistematik kerana merela telah gagal dalam menunaikan janji, […]

» Read more

Dap Berkuasa Hanya Untuk Penuhi Agenda Politik Mereka Sahaja – Mahdzir

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Hasil kebijaksanaan pemimpin Melayu, Cina dan India terdahulu bersepakat sebelum merdeka dan bersetuju untuk membina sebuah negara yang merdeka telah mewujudkan toleransi yang tinggi demi keharmonian negara, ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid. Katanya, pada ketika itu apa yang telah dipersetujui terangkum di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Islam agama persekutuan manakala agama dan […]

» Read more

Rakyat Lihat Muafakat Nasional Sebagai Ombak Baharu, Gentarkan PH

TANJUNG PIAI, 12 Nov – Rakyat telah melihat agenda penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional merupakan satu ombak yang baharu, ujar Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan. Di samping itu, Mohamad juga mengingatkan kepada beberapa pihak supaya jangan khuatir dengan tawaran yang dicetuskan oleh dua parti Melayu, Islam yang terbesar UMNO dan PAS itu. “Jangan risaulah. Yang risaunya […]

» Read more

Isu LTTE: Blok Pembangkang Kesal, Tuntut Penjelasan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Blok pembangkang hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Peguam Negara menarik balik pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Negeri Sembilan berhubung kes yang melibatkan LTTE tanpa sebarang alasan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tertanya-tanya apakah alasan Peguam Negara berhubung soal berkenaan dan menuntut penjelasan mengenainya. “Jadi kita rakyat […]

» Read more

Kami Tertipu Janji PH, Kami Menyesal… Maafkan Kami Khianati BN – Warga Felda

KUALA LUMPUR, 6 Nov – “Ya, kami tertipu dengan janji Pakatan Harapan (PH). Kami menyesal, kami sedar kini Barisan Nasional (BN) yang terbaik… maafkan kami kerana ‘mengkhianati’ BN….” Inilah antara luahan para peneroka Felda dan pekebun kecil yang kesal kerana termakan dengan janji manis PH semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Mereka mengakui, antara punca utama peneroka […]

» Read more

Giliran Kuasa Rakyat Tanjung Piai Pula Tumbangkan PH – Annuar

TANJUNG PIAI, 4 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai merupakan satu peluang kepada rakyat di kawasan tersebut untuk mengikut jejak langkah beberapa siri PRK sebelum ini dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika sesi taqarrub bersama dengan pengundi-pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkat, di sini malam tadi. […]

» Read more
1 117 118 119 120 121 167