Tulisan Jawi; Kerajaan Jangan Buat Pusingan U, Tunduk Kepada Tekanan

PULAU PINANG 7 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didesak supaya tidak membuat pusingan U berhubung pendirian kerajaan dalam mengekalkan dasar pendidikan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun depan. Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, Dr. Mahathir tidak wajar tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk DAP sekali pun […]

» Read more

RM1 Trilion Hutang Negara Timbul Kerana Perubahan Standard Perakaunan, BN Tak Sorok Angka

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet (JKPK Bajet) Parlimen, Khairy Jamaluddin menegaskan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion adalah disebabkan perubahan standard pelaporan perakaunan kerajaan. Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, ia bukanlah kerana angka-angka tersebut disorokkan malah kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) yang telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan standard perakaunan asas akruan. “Jumlah hutang dan liabiliti […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Prihatin, Gagal Tumpu Isu Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dianggap kerajaan tidak prihatin setelah mereka dilihat tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada rakyat seperti mana yang berlaku terhadap nelayan di utara Perak ekoran terjejas setelah pembinaan tiga pulau tambahan di selatan Pulau Pinang. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keadaan yang berlaku itu menyebabkan nelayan terbabit turun padang di […]

» Read more

Menteri Sahkan PSR Beri Kesan Buruk Kepada Nelayan, Apa Tindakan PH?

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius menangani isu projek Penang South Reclamation (PSR) yang banyak memberi kesan buruk kepada rakyat. Jawapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat menjadi bukti projek tambak laut di selatan negeri Pulau Pinang itu sememangnya […]

» Read more

Bela Nasib Wanita Hanya Ketika Jadi Pembangkang

ALOR SETAR 14 Julai – Para pemimpin DAP dipersoalkan kerana hanya ‘garang’ membela nasib wanita khususnya mangsa-mangsa rogol semasa menjadi pembangkang tetapi ‘diam seribu bahasa’ setelah menjadi kerajaan. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob secara sinis mempersoalkan sama ada parti itu kini tidak lagi memperjuangkan nasib golongan berkenaan. Menurut beliau, dakwaan kes rogol seorang warga Indonesia terhadap seorang ahli […]

» Read more

4 Ketua Pemuda PH Hina Mahkamah… Peguam Negara Harus Bertindak

KOTA BHARU 12 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan empat ketua pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah menghina mahkamah apabila mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan menaikkan hukuman penjara kepada 12 bulan. Pengerusi Kluster Peguam Muda pergerakan tersebut, Nik Saiful Adli Burhan berkata, Peguam Negara, Tommy Thomas seharusnya bertindak […]

» Read more

Laungan ‘Penang Tolak Tambak’ Gegar Parlimen

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kira-kira 300 nelayan berkumpul di luar Parlimen bagi menyampaikan bantahan ke atas projek tambak laut di selatan Pulau Pinang. Bantahan yang dikelola gabungan Penang Tolak Tambak itu bermula pada pukul 8 pagi di sekitar Tugu Negara sebelum peserta berarak ke Parlimen. Memorandum bantahan berjaya disampaikan dan beberapa wakil peserta berkesempatan berdialog bersama Menteri Pertanian dan […]

» Read more

Apa Tujuan Dap Minta Bersolidariti Dengan Penghina Institusi Raja?

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Makin terserlah warna sebenar DAP apabila pimpinannya mengajak rakyat bersolidariti sebagai bantahan terhadap hukuman penjara yang ditambah ke setahun oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Wan Ji kerana menghina Sultan, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dususki. “Jika kita membaca alasan penghakiman, adalah jelas penghinaan yang dibuat oleh Ustaz Wan Ji […]

» Read more

Janji, Kaji, Tunggu Sedikit Masa Lagi… Lepas Itu Kata Tak Jadi, Itulah PH

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menangguh sekali lagi pemberian elaun kepada anggota Bomba dan Penyelamat negara ini. Katanya dalam lontaran di Facebook, PH hanya tahu membuat janji, mengkaji dan akhirnya tidak dilaksanakan. “Lepas menang, PH janji pada bulan Jun 2018 lalu bahawa elaun akan terus […]

» Read more
1 103 104 105 106 107 115