PRU15: Tok Mat Belum Putuskan Bertanding Parlimen Mana

SEREMBAN, 10 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau belum membuat keputusan berhubung kerusi Parlimen mana yang mahu ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurutnya, keutamaan parti ketika ini adalah memperkukuh dan mempersiapkan jentera di seluruh bahagian terlebih dahulu sebelum memutuskan soal pembahagian kerusi dan calon. Malah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama parti komponen BN dalam […]

» Read more

Mesyuarat Bersama Agensi Berkaitan Bincang Persiapan Awal Banjir Isnin Ini – PM

BANGI, 10 Sept – Mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan Isnin ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata mesyuarat itu susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri Semenanjung pada November ini. Katanya semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta wakil kerajaan […]

» Read more

Ismail Sabri Umum Kebaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan MARA

BANGI, 10 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata kadar baharu ESH bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan […]

» Read more

Nilai Segala Kandungan Media Sosial, Jangan Termakan Fitnah – Ramli

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Para pengundi khususnya anak muda dinasihatkan untuk sentiasa menilai dengan baik segala perkara yang terpampang di media sosial kerana bimbang ianya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, akibat termakan fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH), rakyat merana selama 22 bulan. “Saya nak beri pandangan […]

» Read more

PRU15: Sebarang Keputusan UMNO Akan Melalui MKT, Biro Politik – Mahdzir

KUALA NERANG, 9 Sept – Sebarang ketetapan yang diputuskan UMNO termasuk berkaitan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN), perlu melalui Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang perkara berbangkit akan melalui proses mengikut struktur dalam parti itu untuk diputuskan. “Dia parti (UMNO), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur […]

» Read more

UMNO Tidak Guna Kuasa Eksekutif Untuk Campur Urusan Judisiari – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Tuduhan bahawa UMNO menggunakan kuasa eksekutif untuk masuk campur urusan judisiari adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelasnya, pada tahun 2018 dan 2019 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui Pakatan Harapan (PH), bermula segala pendakwaan politik terpilih terhadap pemimpin UMNO selain sebanyak 15 kes pendakwaan pemimpin PH […]

» Read more

Politik Khidmat Bakti UMNO Berterusan, Optimis Sokongan Rakyat Menjelang PRU-15 – Zolkafly

IPOH, 9 Sept – Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun optimis sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak akan beralih kepada UMNO/Barisan Nasional (BN). Katanya pendekatan sentiasa bersama dengan rakyat, turun padang menjadi keutamaan UMNO/BN sebagai politik khidmat bakti yang sinonim dengan parti keramat ini. “Saya penuh yakin dengan komitmen, kerjasama yang erat dari semua pihak […]

» Read more

Mahukan Kestabilan, Pengundi Baharu Cenderung Memilih UMNO/BN – Sharkar

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pengundi-pengundi baharu termasuk pengundi berusia 18 tahun lebih cenderung untuk memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) kerana hanya parti tersebut yang mampu memberikan kestabilan kepada negara. Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, perkara ini diakui oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan semasa Sesi Libat Urus Bersama Bahagian UMNO Pahang […]

» Read more

Ambil Pengajaran Fitnah Direka PH, Ada Usaha Burukkan BN Menjelang PRU – Dr Azhar

IPOH, 8 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad berharap rakyat mengambil pengajaran daripada fitnah-fitnah yang direka oleh Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengaburi mata rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, rakyat perlu berfikiran rasional, menilai penipuan dan melihat kembali pentadbiran 22 bulan PH yang mengabaikan rakyat khususnya di negeri ini. “Pengundi di […]

» Read more

PPBM Sudah Muflis Politik, Minta Ehsan Kekuatan Parti Lain – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 8 Sept – PPBM sudah menjadi muflis politik, meminta ehsan kekuatan parti lain serta tidak malu meminta sokongan dari parti yang pernah mereka khianati, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii. Jelasnya, apa yang PPBM ada pada hari ini hanyalah saki-baki kuasa, iaitu tidak ada sokongan serta mengharapkan sokongan Pas meskipun parti itu sudah […]

» Read more
1 932 933 934 935 936 2,037