UMNO/BN Sentiasa Sokong Aspirasi Anak Muda – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 26 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) sentiasa menyokong apa jua aspirasi anak muda sekaligus membuktikan bahawa parti ini tidak pernah meninggalkan golongan muda dalam proses membuat dasar. Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, beliau percaya bahawa tawaran untuk anak muda akan diumumkan oleh pucuk pimpinan UMNO/BN tidak lama lagi. “Kepada anak-anak muda dan kawan-kawan di […]

» Read more

Jangan Percaya PH, PN, Parti Lain… Utamakan Masa Depan Bersama BN – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 26 Sept – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar waspada dan tidak lagi percayakan parti-parti lain selain UMNO/Barisan Nasional (BN) apatah lagi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Katanya, sepanjang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 hinggalah kini sewajarnya menjadi penilaian terbaik kepada semua dengan membandingkan antara parti-parti yang pernah […]

» Read more

Batu Nisan Untuk PPBM Sudah Tersedia Di Sabah – Razlan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah terkubur di negeri Sabah. Katanya ini kerana, kenyataan daripada pemimpin parti di negeri itu yang memberikan gambaran bahawa mereka tidak menerima beberapa ketetapan telah diputuskan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “… yang dikejar tak dapat, yang dikendung […]

» Read more

WoRLD: Lima Resolusi Bakal Dibawa Kepada Presiden

SEPANG, 26 Sept – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan akan membawa lima Resolusi Wanita UMNO hasil daripada program ‘Women Re-Energized Leadership Development (WoRLD)’ kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, beliau juga memohon sekiranya UMNO/Barisan Nasional (BN) menang besar di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak, calon-calon pemimpin Wanita yang menang diberi keutamaan untuk […]

» Read more

Belum Dapat Ilham Untuk Bubar Parlimen – Ismail Sabri

NEW YORK, 26 Sept – Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 Sept ini. “Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro […]

» Read more

Tak Perlu Mahiaddin Umum Siapa Musuh BN… Hipokrasi Makin Nyata Menjelang PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang dianggap tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Tegas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan Mahiaddin untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan […]

» Read more

Pemimpin Parti Gabungan PN Tidak Sehaluan – Ahmad Maslan

PONTIAN, 25 Sept – Percanggahan pandangan pemimpin utama Perikatan Nasional (PN), mengenai pendirian gabungan itu terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menunjukkan kepimpinan PN sudah tidak sehaluan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan BN merupakan musuh utama gabungan itu pada PRU15, namun Setiausaha Agung PAS […]

» Read more

Jelajah Gelombang Biru Tanda Solidariti BN Sabah

KOTA KINABALU: Sambutan luar biasa yang ditunjukan oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional pada setiap program Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN yang telah diadakan menunjukkan momentum serta semangat ahli-ahli parti begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan pada bila bila masa. Setakat ini sudah tiga tempat program ini diadakan […]

» Read more

Wanita Perlu Berani, Bijaksana Mendepani Politik Mencabar – Ahmad Maslan

SEPANG, 25 Sept – Sesiapa yang mahu menjadi pemimpin di negara ini perlu untuk menjadi seorang yang berani dan bijaksana terutamanya pemimpin wanita. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini adalah disebabkan politik balas dendam yang diamalkan oleh pihak pembangkang terutamanya Pakatan Harapan (PH). “Sesiapa yang mahu menjadi pemimpin di negara ini perlu berani dan bijaksana disebabkan politik […]

» Read more

Wanita UMNO Pengurus Harapan Pengundi, Tentu Kemenangan UMNO/BN

SEPANG, 25 Sept – Wanita UMNO merupakan pengurus utama harapan pengundi dalam menentukan kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mengurus sesuatu organisasi itu perlu dilakukan dengan baik terutamanya dalam menepis krisis yang dihadapi. “Mengurus ini sesuatu perkara yang paling penting dalam apa jua keadaan. Organisasi yang tidak diurus […]

» Read more
1 918 919 920 921 922 2,035