PRN: UMNO/BN Negeri Sembilan Tekad Jadi Penyumbang Utama Pembentukan Kerajaan Perpaduan Negeri

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias akan memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) mampu menjadi penyumbang utama kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu. Secara fakta ujarnya, Kerajaan Negeri Sembilan yang ada kini adalah kerajaan yang ‘zero opposition’ (tiada pembangkang). “Justeru, berlandaskan kepada senario di Negeri Sembilan yang harmoni, seimbang dan stabil, sewajarnya […]

» Read more

Merekalah ‘Political Chameleons’ Menunggang Agama, Bangsa… Bukan UMNO, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas berkata UMNO bukan ‘political chameleons’ atau ‘mengkarung politik’ sepertimana tindakan sebuah parti yang sering menunggang agama mengikut kepentingan politik mereka semata-mata. Ini kerana katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, ada pihak lawan yang cuba memainkan sentimen kononnya kerjasama politik UMNO bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan […]

» Read more

SUA Pesan Jadikan PAU 2023 Medan Pertautkan Kembali Ukhwah Selepas Pemilihan

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berlangsung kini adalah julung kali diadakan selepas berlakunya pemilihan UMNO pada Mac lalu. Lantaran itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajak para perwakilan dan anggota parti untuk mempertautkan kembali ukhwah bagi memperkasakan parti. “Umum mengetahui bahawa ini merupakan perhimpunan yang pertama setelah berakhirnya proses pemilihan […]

» Read more

UMNO Cadang Kerajaan Segerakan Penubuhan SEGiM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Jun – UMNO mencadangkan supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig dan menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal dan sehingga pekerja dan pengguna. Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sektor ini kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig […]

» Read more

Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MALAYSIA Y.A.B. DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2023 9 JUN 2023 / 20 ZULKAEDAH 1444 MEMPERTAHANKAN KEINDUKAN DEMI KESTABILAN السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ‎ Salam Malaysia Madani اللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تُنْحَلُ بِهَ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ […]

» Read more

Keahlian UMNO 3,442,280… Tolak Dakwaan Parti Tidak Popular

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Meskipun acapkali UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti pilihan ketiga, tidak popular serta tidak diterima oleh anak muda namun jumlah keahliannya terkini menolak dakwaan terbabit. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membacakan laporannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023, hari ini memaklumkan bahawa keahlian UMNO ialah 3,442,280 orang. “Berbicara mengenai keahlian UMNO, suka saya […]

» Read more

Laporan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Terima Kasih Saudara / Saudari Pengerusi Majlis Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim SALUTASI SEWAJARNYA MUKADIMMAH Dewan Merdeka bergema sorakan, Terhias indah bunga di jambangan, Perhimpunan Agung UMNO kita jayakan, Meneruskan legasi sebuah perjuangan. Sederap melangkah satu pasukan, Sedia berjuang habis-habisan, Segala perbezaan kita ketepikan, Kukuhkan kesatuan rapatkan barisan. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi pada tahun ini kita […]

» Read more

Anwar Hadiri Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pagi ini. Ketibaan Anwar yang berpakaian baju Melayu biru muda dan bersongkok pada 9.05 pagi disambut Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan UMNO. Kehadiran Anwar yang juga […]

» Read more

Berkibarnya Sang Saka Bangsa… Bermulanya PAU 2023

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Perhimpunan Agung UMNO 2023 membuka tirai secara rasminya dengan upacara menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi ini. Upacara tersebut dimulakan dengan menaikkan bendera UMNO diiringi lagu Wanita, Pergerakan Pemuda diikuti Pergerakan Puteri UMNO yang disempurnakan oleh ketua masing-masing. Wanita UMNO disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Pergerakan […]

» Read more

PRN Bawa Cabaran Besar, Menjadi Penentu Jatuh Bangunnya UMNO – Noraini

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan penanda aras kepada masa hadapan UMNO. Menurut beliau, untuk itu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini sebagai medan terbaik kepada parti sebagai persiapan terakhir dalam menempuhi medan pertempuran pilihan raya di enam negeri ini. “PRN ini menjadi penentu jatuh bangunnya parti […]

» Read more
1 707 708 709 710 711 2,038