Teruskan Menjadi Jurucakap Bangsa, Menjuarai Denyut Nadi Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Perwakilan mesyuarat Wanita dan sayap Pemuda serta Puteri UMNO bahagian seluruh negara pada Sabtu dan Ahad ini diharapkan agar sama-sama memanfaatkan ruang berkenaan untuk terus membawa parti sebagai jurucakap bangsa menjuarai denyut nadi rakyat. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada UMNO-Online menegaskan itulah tempat sebaiknya untuk masing-masing memainkan peranan sewajarnya […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Bahagian Empat Peringkat Pada 11, 12 Dan 18 Dis Ini, PAU 2021 Pada 13-15 Jan 2022 Secara Hibrid

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Mesyuarat perwakilan empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian akan diadakan pada 11, 12 dan 18 Disember ini di seluruh negara. Demikian antara keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam semalam, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media di sini hari ini. […]

» Read more

Rakyat Berhak Tahu Kenapa Kerajaan Terdahulu Batal HSR KL-Singapura – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Parlimen Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub  berpandangan kerajaan wajar untuk memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dilakukan sebelum ini. Katanya, ia perlu dinyatakan dengan alasan yang kukuh berserta data-data kerana kesan daripada kegagalan pelaksanaan projek tersebut membawa kepada kerugian sehingga negara perlu membayar pampasan […]

» Read more

Prestasi Keseluruhan Jemaah Menteri Capai 90 Peratus Dalam 100 Hari Suntik Kesungguhan – PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Prestasi keseluruhan bagi tempoh 100 hari pentadbiran jemaah menteri yang mencapai sekitar 90 peratus kejayaan bukan alasan untuk mendabik dada sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk barisan kabinet terus bekerja bersama rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Pelbagai Peringkat Ada Nilai Dan Makna Tersendiri – Andy

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Persidangan UMNO di peringkat cawangan serta bahagian termasuklah sayap-sayap parti sebenarnya mempunyai makna dan nilai yang cukup tinggi kepada ahli UMNO kerana itulah tempat yang terbaik untuk masing-masing bersama-sama memperkasakan lagi parti. Apatah lagi parti baru sahaja melepasi beberapa fasa yang tersendiri setelah mengalami kekalahan pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dan bagi […]

» Read more

Najib Akan Terus Membela Diri, Menegakkan Kebenaran

Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya. Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan […]

» Read more

Penubuhan ORACO Mampu Perkasa Ekonomi Masyarakat Orang Asli – Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berharap agar penubuhan badan berkanun Orang Asli di Pahang akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang mempunyai masyarakat Orang Asli. Ramli percaya penubuhan Orang Asli Corporation (ORACO) mampu memperkukuhkan dan memperkasakan ekonomi masyarakat Orang Asli di dalam negeri tersebut. “Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1 Juta bagi […]

» Read more

Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau berpeluang memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun […]

» Read more

PRN Sarawak: Antara BN, PN… Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Barisan Nasional (BN) kekal laksanakan janjinya kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan tidak meletakkan calon bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Kata Pengarah Komunikasi BN itu, jelas menunjukkan BN menghormati GPS dan ia berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini […]

» Read more

MKT UMNO Bincang PRN Melaka Dan PAU 2021 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat bulanannya pada malam ini. Menurut beliau ianya merupakan mesyuarat bulanan dan antara lain akan membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini selain Perhimpunan Agung UMNO 2021. “Mesyuarat MKT UMNO akan diadakan 8.30 mlm ini, Rabu  di PWTC. Ia […]

» Read more
1 703 704 705 706 707 1,625