‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ Manifestasi Khidmat Bakti UMNO Beaufort Terus Aktif

BEAUFORT, 19 Dis – Dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terus terbela, prinsip ‘dari rakyat kepada rakyat’ terus diaplikasi sebagai teras perjuangan dan landasan khidmat bakti UMNO. UMNO Bahagian Beaufort yang diketuai oleh Datuk Awang Aslee Lakat berkata pendekatan ini menjadi simbol keprihatinan dan komitmen terhadap pembangunan komuniti setempat. “Konsep ‘dari rakyat kepada rakyat’ membawa maksud bahawa suara rakyat harus […]

» Read more

Kerjasama Padu UMNO, NGO Dan Pelajar IPT Bantu Mangsa Banjir – Aminuddin Omar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – UMNO Bahagian Kubang Pasu meluahkan penghargaan tidak terhingga kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang telah turun padang untuk membantu membersihkan rumah-rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Aminuddin Omar berkata bantuan yang diberikan bukan saja harapan baharu kepada mangsa banjir tetapi turut memperlihatkan semangat yang jitu dalam […]

» Read more

Khemah Percuma Tingkatkan Daya Saing Usahawan Mikro – Mohd Jafni

KULAI, 19 Dis — Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Khemah kepada usahawan mikro di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kulai di Pasar FAMA Bandar Putra, semalam. Mohd Jafni yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai memaklumkan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada insentif pemberian khemah percuma yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn […]

» Read more

TPM Laksana Perbincangan Khas Dengan Kementerian Digital, Memacu Masa Depan Ekonomi Gig Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memperkukuhkan kedudukan pekerja gig di Malaysia melalui penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGIM). Ujarnya yang juga Presiden UMNO, langkah ini juga dilaksana dengan mengadakan perbincangan khas bersama Kementerian Digital yang dihadiri menterinya, Gobind Singh Deo; Timbalan Ketua Setiausaha […]

» Read more

Perjuangan UMNO Tidak Bergantung Kepada Satu Nama, Tetapi Semangat Kolektif Ahlinya

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin perpandangan UMNO sebagai sebuah parti yang telah lama menjadi tunjang kepada kestabilan politik negara, tidak akan terkesan dengan tindakan satu individu. Kata Exco Pemuda UMNO itu, prinsip parti adalah jelas iaitu perjuangan UMNO tidak bergantung kepada satu nama, tetapi kepada semangat kolektif ahli-ahlinya yang berdedikasi kepada […]

» Read more

Fokus Perkukuh Perpaduan, Utamakan Rakyat Untuk Kestabilan Negara – Mohd Zaidy

JEMPOL, 18 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menyarankan agar semua pimpinan dari Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan penuh kepada usaha membina negara dan membantu rakyat, serta mengabaikan sebarang isu yang tidak memberi manfaat. Beliau menegaskan bahawa pemimpin yang telah diberikan mandat menerusi pilihan raya lalu harus meneruskan perjuangan yang ikhlas, jujur, dan […]

» Read more

Malaysia Sumbang USD5 Juta Kepada Rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 18 Dis – Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan USD5 juta (kira-kira RM22.34 juta) kepada rakyat Palestin menerusi inisiatif kerajaan Jordan, bagi meringankan penderitaan mereka yang berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar Mohamad Hasan kepada Duta Besar Jordan Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Wisma Putra. Mohamad berkata, sumbangan itu merupakan hasil derma rakyat Malaysia bawah […]

» Read more

Tahap Bahaya Dan Risiko Cerun Jadi Fokus Penilaian JKR – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan penilaian cerun-cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penilaian cerun yang dibuat oleh kementerian menganalisis dua tahap iaitu ‘Tahap Bahaya’ dan ‘Tahap Risiko’. “Tahap Bahaya merujuk kepada peratus kebarangkalian cerun runtuh […]

» Read more

Laut China Selatan: Malaysia Tegas Lindungi Hak Kedaulatan Negara – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menegaskan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks, sensitif dan perlu dikendalikan secara berhati-hati, teliti dan menyeluruh. Jelas beliau, setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif dan tidak sesekali akan memprejudiskan hak kedaulatan dan kepentingan negara. “Kerajaan sentiasa mengambil berat keselamatan perairan negara di […]

» Read more

BN Perkukuh Kekuatan, Belajar Dari Pengalaman Lampau – Hisham Suhaily

  KUALA LUMPUR, 18 Dis – Jubli Emas Barisan Nasional (BN) menjadi titik tolak bagi parti untuk bangkit lebih gagah semula dan terus menjadi pilihan utama rakyat. Exco Wanita UMNO Malaysia Hisham Suhaily Othman berkata, BN perlu menjadikan pengalaman masa lalu yang penuh cabaran dan harus menjadi asas kekuatan untuk kembali memperkukuhkan kedudukan politik. “Parti ini pernah jatuh dan bangun […]

» Read more
1 693 694 695 696 697 2,478