Azalina Zahir Takziah, Legasi Tun Dr. Siti Hasmah Terus Dihargai

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Malaysia hari ini kehilangan seorang tokoh negara yang telah menabur bakti sepanjang hayatnya, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Azalina yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata, sumbangan, pengorbanan dan kasih Allahyarhamah kepada negara akan sentiasa dikenang.

“Malaysia akan sentiasa terhutang budi atas khidmat, pengorbanan dan kasih beliau kepada negara. Legasi Tun Dr. Hasmah akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut menyampaikan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

Allahyarham Dr Siti Hasmah dilapor meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini dengan berita pemergian disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani
Mahathir.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO