Pihak Lawan Ketiadaan Modal, Terus Guna Persepsi Di Pelangai – Wan Rosdy

BENTONG, 28 Sept – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail percaya pihak lawan akan berterusan memainkan persepsi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang tidak berasaskan fakta. Ini kerana katanya kerajaan negeri berjalan pada landasan yang sebenar terutama membabitkan kepentingan serta kebajikan rakyat. “Kita Pahang buat cara Pahang… Biarkan cara mereka dengan […]

» Read more

Calon BN Gariskan 3P Perkasa Belia Di Pelangai

BENTONG, 28 Sept – Bagi memperkasa golongan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam menggariskan strategi 3P iaitu pendapatan, perumahan dan penyediaan infrastruktur. Amizar, 50, berkata dalam aspek pendapatan, pekerjaan sedia ada perlu ditambah nilai sekali gus mewujudkan janaan ekonomi baharu di kawasan itu. “Saya lihat ada keperluan untuk kita beri […]

» Read more

PRK: Kempen Bersemuka Dan Media Sosial Terus Digiatkan – Shabery Cheek

BENTONG, 28 Sept – Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain kempen bersemuka tidak terkecuali Barisan Nasional (BN) juga berkempen dalam media sosial bagi menjelaskan segala permasalahan yang dibangkitkan. “Kempen-kempen melalui media sosial terus ditingkatkan untuk mendapatkan info serta menjawab segala isu yang dibangkitkan dan mengetengahkan isu-isu yang perlu diketengahkan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di dataran […]

» Read more

PRK Bukan Platform Caci-Maki, Apatah Lagi Adu Domba – Alwi

BENTONG, 28 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Alwi Che Mat berkata pilihan raya bukanlah medan untuk maki hamun apatah lagi untuk adu domba antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan perpecahan. Justeru beliau menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah platform kepada warga setempat untuk memilih wakil rakyat dan bukannya tempat untuk […]

» Read more

PRK: Menang Pelangai Untuk Bina Keyakinan Ke PRU16 – Mohamad

BENTONG, 28 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merupakan medan pertempuran kecil yang perlu dimenangi Barisan Nasional (BN) bagi membina keyakinan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan di Pelangai akan membantu membangkitkan semangat ahli, sekali gus memperkukuh parti selepas tewas teruk pada PRU lepas. “Jadikan PRK […]

» Read more

Respon Sangat Positif, Kekal Ziarah Pengundi – Noraini

BENTONG, 28 Sept – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menunjukkan respons positif untuk menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan 7 Oktober depan, kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Menurutnya, walaupun mendapat maklum balas yang sangat positif dari penduduk Pelangai, namun Wanita BN berharap pengundi di kawasan tersebut keluar […]

» Read more

PRK Bukan Mahu Tubuh Kerajaan, Tok Mat Saran Pilih BN Bawa Suara Pelangai

BENTONG, 28 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 7 Okt ini bukanlah untuk membentuk kerajaan negeri dan ia tidak sepertimana Pilihan Raya Umum (PRU). Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri Pahang hari ini sudah terbentuk dan dipimpin oleh Menteri Besar (MB) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan […]

» Read more

Agong Seru Rakyat Contohi Akhlak Rasulullah, Bicara Benar Jauhi Fitnah

PUTRAJAYA, 28 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan dengan bercakap hanya mengenai kebenaran, jujur, di samping menjauhi fitnah. Yang di-Pertuan Agong bertitah hakikatnya perkataan yang kurang elok sama ada ketika tutur bicara mahupun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, […]

» Read more

Selamat Menyambut Maulidur Rasul, Sirah Perjuangan Baginda Rujukan Berharga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan menekankan bahawa sirah perjuangan dan kehidupan Rasulullah merupakan sumber rujukan amat berharga untuk semua pihak, dalam membangunkan sebuah negara. Katanya, kelahiran baginda Rasul SAW membawa rahmat ke seluruh alam, menghiasi hati-hati insan dengan cahaya Islam dan iman. […]

» Read more

‘Kita Cara Kita’… Amizar Tidak Terikut Rentak Kempen Lawan Di Pelangai

BENTONG, 27 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata beliau tidak akan terikut dengan rentak kempen pihak lawan sebaliknya terus dengan cara tersendiri. Menurut beliau apa yang penting maklumat sampai kepada penduduk setempat agar membuat pilihan yang terbaik dengan memilih BN demi kelangsungan DUN Pelangai. UMNO-Online yang […]

» Read more
1 595 596 597 598 599 2,037