Tunku Mahkota Ismail Bangga Johor Muncul Kuasa Besar Baharu Dalam Ekonomi Negara

ISKANDAR PUTERI, 16 Mei – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini menzahirkan rasa bangga apabila Johor muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi negara. Baginda bertitah kejayaan itu didorong dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM27 bilion bagi suku pertama tahun ini. “Saya ingin menzahirkan rasa gembira melihat […]

» Read more

UMNO 79 Tahun: Bukti Ketahanan Dan Kematangan Politik – Pemuda Pahang

KUALA LUMPUR, 16 Mei – UMNO kini meniti usia 79 tahun dengan rekod pencapaian yang kukuh dalam membina negara, kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim. Menurut beliau, jasa pemimpin-pemimpin UMNO dalam membangunkan negara bukanlah satu usaha yang mudah. Namun, parti ini telah membuktikan kemampuannya membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kemakmuran. “UMNO telah membawa negara ini ke […]

» Read more

KPT Alu Hasrat MGIMO Luas Kepakaran Bidang ASEAN, Pertukaran Pelajar Dua Negara – Zambry

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan hasrat Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO) untuk memperluaskan kepakaran dalam bidang hal ehwal ASEAN dan meningkatkan program pertukaran pelajar antara dua negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi halaman di laman Facebooknya memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima anugerah doktor kehormat dari […]

» Read more

Johan Turun Padang Santuni Mangsa Ribut, Beri Bantuan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berbesar hati turun padang meninjau Kampung Batu 15, 16 dan Kampung Kenanga yang mengalami bencana ribut. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut yang mengalami kerosakan rumah dengan menyampaikan bantuan awal bagi meringankan beban mereka. “Berkesempatan […]

» Read more

UMNO Kekal Berprinsip, Lebih Matang Dan Strategik Hadapi Cabaran – Mu’izz

KUALA LUMPUR, 16 Mei – UMNO masih berprinsip dan tidak pernah meninggalkan perjuangan namun dilihat kini lebih matang serta strategis dalam mendepani cabaran politik yang semakin dinamik seiring perubahan zaman. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin berkata, tuduhan bahawa UMNO telah lari daripada perjuangan asal adalah satu persepsi yang tidak tepat dan adil. “Sepanjang 79 tahun tertubuh, UMNO sentiasa […]

» Read more

Rakyat Sabah Berhak Nikmati Kemudahan Asas Lebih Baik – Suhaimi

LIBARAN, 16 Mei – Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir tampil mengangkat suara rakyat Sabah yang semakin terhimpit dengan isu kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya yang masih membelenggu negeri itu, meskipun Sabah mencatat hasil balak berbilion ringgit sejak lebih dua dekad lalu. Dalam satu kenyataan, beliau mempersoalkan bagaimana sebuah negeri yang kaya […]

» Read more

ADUN Jeram Padang Raikan Hari Guru Dengan Edaran Kek Ke Sekolah-sekolah

JEMPOL, 16 Mei – Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir telah menyampaikan tanda penghargaan kepada para pendidik di seluruh kawasan DUN berkenaan dengan mengedarkan kek ke sekolah-sekolah sebagai simbol penghormatan dan ingatan. Menurut Mohd Zaidy, inisiatif ini adalah hasil kerjasama erat bersama Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam kawasan Jeram […]

» Read more

Tegakkan Hak Sabah, Bukan Pecahkan Rakyat Dengan Slogan Kosong – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 Mei – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berhubung isu ‘Sabah for Sabahan’ yang dikaitkan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Bung Moktar, tuduhan bahawa kenyataan Ahmad Zahid memecah belah rakyat Sabah dan memesongkan sejarah adalah […]

» Read more

Bibi Sharliza Terus Khidmat Bakti Untuk Juasseh

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid meneruskan politik khidmat bakti buat penduduk di kawasan dengan menyantuni rakyat melalui program-program yang dihadiri serta pertemuan secara santai. Terbaharu beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan hadir bagi Penyerahan Aspirasi dan bantuan khas kepada Wargamas N9Digital yang diadakan di Balai Raya Padang Lebar. […]

» Read more

Slogan Eksklusif Gugat Perpaduan, Perjuangan Sabah Perlu Berlandaskan Kerjasama – Awang Aslee

BEAUFORT, 16 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Awang Aslee Lakat, menyuarakan sokongan penuh terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berhubung isu slogan “Sabah for Sabahan”, yang menurutnya bercanggah dengan semangat Persekutuan Malaysia. Ujar beliau, walaupun Sabah mempunyai hak dan keistimewaan tertentu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ia tidak boleh […]

» Read more
1 567 568 569 570 571 2,495