Penjawat Jawatan Semua Peringkat UMNO Kini Bukan ‘Caretaker’ – Ahmad

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kepimpinan parti ketika ini adalah bersifat caretaker atau penjaga. Katanya ini kerana Perlembagaan UMNO sendiri telah menyebut bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhak untuk menangguhkan pemilihan tidak lebih 18 bulan. “Ada tulisan yang berlegar di ruangan maya bahawa penjawat jawatan UMNO kini adalah […]

» Read more

Filem Mat Kilau Papar Mesej Tersendiri, Perimbangan Duniawi Dan Ukhrawi – Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan banyak pengajaran yang diperolehi menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena baru-baru ini. Beliau malah menyeru rakyat Malaysia untuk terus menghayati perjuangan yang dilakukan oleh pahlawan Melayu terdahulu dalam menjulang untuk membebaskan negara daripada penjajah. “Antara iktibar yang dapat disingkap dari cerita yang dibawa […]

» Read more

Muhyiddin Elok Letak Jawatan, Tiada Fungsi Sebagai Pengerusi MPN – Syed Mohd

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). Beliau berkata ini kerana Muhyiddin ternyata gagal dalam memulihkan ekonomi negara sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu […]

» Read more

Banjir Baling: Ahmad Maslan Harap Bantuan Bersepadu Dapat Diselaraskan

BALING, 7 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan rasa keprihatinan yang amat sangat terhadap musibah banjir besar lumpur yang melanda Baling. Jelasnya, banjir besar ini melibatkan lebih seribu buah rumah yang terlibat iaitu di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

Serah Pada Perdana Menteri Tentukan Tarikh Bubar Parlimen – Mahdzir

NILAI, 7 Julai – Tarikh pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukannya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata ini kerana Ismail Sabri lebih mengetahui masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya, meskipun beliau turut mempunyai jawatan tinggi dalam UMNO. “Kita serah pada […]

» Read more

Pemuda UMNO Telah Gerakkan Misi Bantuan Sejak Hari Pertama Kejadian Banjir – Hasmuni Hassan

BALING, 7 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hasmuni Hassan berkata beliau telah menerima arahan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk membantu mangsa banjir sejak hari pertama yang melanda di Parlimen Baling. Ini kerana katanya ahli Pemuda dan sukarelawan skuad Sabil telah hadir datang membantu sejak hari pertama yang melanda banjir di Parlimen Baling. […]

» Read more

Filem Mat Kilau Angkat Pahlawan Negara, Bukan Bawa Agenda Propaganda – Khaidhirah

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap rakyat Malaysia menghargai karya seni anak tempatan di samping mengambil mesej positif daripada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Jelas beliau ini kerana banyak pengajaran yang disampaikan menerusi filem ini termasuk kepentingan hidup bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan tanah air ini daripada pemikiran dan budaya […]

» Read more

Ahmad Zahid Persoal Tindakan Pendakwaan Cuba Perangkapnya Tanya Soalan Sama Berulang Kali

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang membela dirinya atas pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) hari ini mempersoal tindakan pihak pendakwaan menurutnya yang cuba memerangkapnya apabila bertanyakan soalan sama berulang kali. Ahmad Zahid, 69, berkata demikian semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, adakah pengurup wang Omar Ali […]

» Read more

Laksana Program E-sport, Futsal Langkah Proaktif Dekati Pengundi Muda – Fazly

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju menggerakkan pelbagai inisiatif dalam mendepani pengundi muda berumur 18 tahun ke atas dan pendaftaran automatik buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ketuanya, Datuk Mohamad Fazly Zainudin memaklumkan pihaknya bergerak secara proaktif mendekati anak muda dengan melaksanakan pelbagai program yang sinonim dengan golongan itu. “Kami melaksanakan […]

» Read more

Saya Bukan Tali Barut Halang Tuntutan MA63 – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 7 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau bukan tali barut yang menidakkan usaha untuk menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang hangat dibincangkan sejak sekian lama. Bung Moktar sebaliknya berkata beliau hanya menyarankan bahawa sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak dengan bijak dalam menuntut hak rakyat Sabah yang termaktub dalam MA63 […]

» Read more
1 545 546 547 548 549 1,605