PRK Nenggiri: Calon UMNO Disenarai Pendek, Tunggu Pengesahan Biro Politik

MARAN, 1 Julai – UMNO telah menyenarai pendek beberapa calon yang boleh menang, diterima rakyat dan disukai pengundi untuk diketengahkan sebagai wakil parti itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibawa berbincang dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Badan Perhubungan UMNO […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Ke Padang Rengas, Tumpu Pencerahan Isu Semasa

PADANG RENGAS, 30 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia meneruskan gerak kerjanya hari ini ke UMNO Bahagian Padang Rengas. Bertempat di Dewan Serbaguna JPS Kuala Kangsar, program tersebut dilaksana tertib dengan dimulakan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat’ diikuti bacaan doa Majlis kemudian bermula dengan perkongsian hala tuju Penerangan UMNO oleh Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob kepada […]

» Read more

BN Guna Lambang Sendiri, Kerjasama Bersama PH Diteruskan – Ahmad Zahid

MARAN, 30 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pada masa yang sama katanya kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan dan masing-masing menggunakan lambang sendiri. “Insya-Allah PRU akan datang kita akan gunakan lambang BN. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan […]

» Read more

UMNO Kuala Pilah Ikrar Terus Kukuhkan Parti, Dekati Rakyat Sampaikan Aspirasi

KUALA PILAH, 30 Jun – UMNO Bahagian Kuala Pilah berikrar untuk terus memperkukuh parti keramat di peringkat akar umbi bagi terus mendekati rakyat dalam menyampaikan aspirasi parti. Ketuanya, Datuk Ismail Lasim berkata langkah tersebut amat penting bagi memastikan parti ini terus relevan terutama dalam mendepani landskap politik yang kian berbeza. “Alhamdulillah kerana kita di Kuala Pilah sentiasa bersyukur, memahami bahawa […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Tengku Zafrul Optimistik Kerajaan Perpaduan Mampu Menang

NIBONG TEBAL, 30 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Tengku Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimistik bahawa Kerajaan Perpaduan mampu untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Menurutnya, pencerahan yang tuntas kepada masyarakat setempat mengenai isu-isu semasa adalah penting untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat. […]

» Read more

Prestasi Terbaik ADUN UMNO Negeri Sembilan, Terus Khidmat Kepada Rakyat – Jalaluddin

KUALA PILAH, 30 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias meluahkan kesyukuran dengan prestasi cukup baik yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada rakyat di kawasan masing-masing. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata, ini termasuk fokus mereka dalam membela nasib rakyat terutama orang Melayu serta memperkasa masyarakat di luar bandar melalui […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Taqarrub… Wadah Dekati Rakyat, Beri Penjelasan – Dr Asyraf

NIBONG TEBAL, 30 Jun – Taqarrub merupakan sebuah wadah yang digunakan oleh jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia juga menjadi platform terbaik untuk memberi penjelasan kepada rakyat dalam kumpulan kecil mengenai isu semasa parti […]

» Read more

PRK Medan Latihan Keserasian Parti Dalam Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA PILAH, 29 Jun – Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini termasuk dari segi kerjasama dan sokongan untuk memenangkan calon yang dipertandingkan walaupun berbeza parti dan ia telah diterjemahkan di beberapa siri PRK sebelum […]

» Read more

UMNO Manfaatkan Keberadaan Dalam Kerajaan, Bela Nasib Rakyat Dan Orang Melayu – Ahmad Zahid

KUALA PILAH,  29 Jun – UMNO perlu memanfaatkan keberadaan dalam kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana ia jelas seperti mana perjuangan UMNO dalam membela nasib rakyat sejak penubuhannya sejak tujuh dekad yang lalu. “Dibukakan hati Perdana Menteri untuk meletakkan sesuatu jawatan kepada kita […]

» Read more

Abdul Rahman Sifatkan Landskap Politik Malaysia Makin Dinamik Serta Matang

LIPIS, 29 Jun – Ketua UMNO bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata landskap politik Malaysia hari ini bukan sahaja dinamik malah semakin matang. Bagi beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, untuk UMNO terus relevan, parti perlu bergerak sederap dan seiring bersama dengan hala tuju politik Malaysia. “Jika  kita memilih untuk bersendirian dan sentiasa menoleh ke belakang, sudah […]

» Read more
1 379 380 381 382 383 2,037