Realitikan #NenggiriKita Untuk Masa Hadapan

PRK Nenggiri telah memulakan kempennya apabila tamat proses penamaan calon pada 2 ogos lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN). PRK DUN Nenggiri di adakan selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim di ‘buang’ dari parti PPBM dan kerusi itu diisytiharkan kosong oleh speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kali ini BN mempertaruhkan […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO: Rapatkan Saf, Bersatu Pertahankan Parti – Mohamad

KIMANIS, 9 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyeru seluruh ahli dan akar umbi untuk merapatkan saf dan bersatu bagi mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15 yang lalu adalah disebabkan persepsi […]

» Read more

Azmawi Praktik Kempen ‘Anok-beranok’, Santuni Dan Selami Hati Pengundi

GUA MUSANG, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani semakin giat menyantuni masyarakat setempat. Menurutnya, setiap hari akan bertemu pengundi-pengundi di kawasan DUN Nenggiri untuk merayu dan meminta sokongan dari mereka. “Saban hari menyantuni masyarakat di DUN Nenggiri terutamanya pengundi-pengundi dan merayu dan meminta undi […]

» Read more

Pentingnya Fungsi Jentera Penerangan Dalam Usaha Perkasa Parti – Abd Rahim

KIMANIS, 9 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kimanis yang diadakan pada Sabtu lalu memberi kesedaran kepada ahli dan akar umbi mengenai betapa pentingnya fungsi jentera penerangan dalam memperkasa parti. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kimanis, Abd Rahim Jalani berkata, Jelajah Penerangan UMNO ini juga membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan terutamanya di bahagian tersebut. “Apabila kita telah menjemput ketua-ketua cawangan […]

» Read more

Pengundi DUN Nenggiri Berpeluang Hantar Suara Rakyat Ke DUN Kelantan

GUA MUSANG, 8 Ogos – Masyarakat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berpeluang untuk menghantar seorang lagi wakil pembangkang di DUN Kelantan dalam usaha membawa suara masyarakat setempat termasuklah rakyat negeri tersebut. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peluang yang datang sekali lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan pada 17 […]

» Read more

Rusuhan Di UK: Rakyat Malaysia Perlu Sentiasa Waspada Jauhi Kawasan Protes – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) untuk sentiasa berwaspada dengan menjauhi kawasan protes dan mengikuti perkembangan terkini diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau ketika dihubungi berkata warganegara yang berada di UK perlu untuk mendaftar kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi memaklumkan keberadaan mereka bagi […]

» Read more

Awie, Calon BN Nenggiri Disayangi Dan Dikenali Rakyat – Rosni Zahari

GUA MUSANG, 8 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari, menyatakan keyakinan terhadap penerimaan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie. Jelas beliau, penerimaan pengundi di DUN Nenggiri terhadap calon BN semakin hari  sangat positif. “Saya lihat penerimaan pengundi-pengundi di DUN Nenggiri ini […]

» Read more

DUN Mahkota: Hormat Semangat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan harus menghormati semangat perpaduan dan tidak membuat tuntutan ke atas mana-mana kerusi sebelum ia diputuskan kepimpinan Pusat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semangat itu perlu diterjemahkan dalam menghadapi mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK). “Saya fikir kita mesti menterjemahkan semangat Kerajaan Perpaduan, […]

» Read more

Sanusi Merepek Di Nenggiri, Berbohong Kepada Orang Kampung – Syed Johan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menempelak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan bahawa UMNO tidak lagi membawa perjuangan membela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini. Menurut beliau, kenyataan tersebut merupakan pembohongan daripada pemimpin dari sebuah parti yang kononnya membawa perjuangan […]

» Read more

‘Move On’ Untuk Kukuhkan UMNO, Elak Sengketa Dalam Parti – Zainuri

KLANG, 8 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Zainuri Zainal menyambut baik seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan anggota parti ‘move on’ bagi memperkukuh kembali UMNO dengan memahami keberadaan dalam Kerajaan Perpaduan hari ini. Katanya, apa yang perlu pada hari ini adalah untuk memperkukuhkan parti yang bermula di bahagian masing-masing. “Kita tidak mahu lagi […]

» Read more
1 341 342 343 344 345 2,037