Hati-Hati Dengan Tawaran Lumayan Pekerjaan Di Luar Negara – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Timbalan Menteri Luar negeri, Datuk Mohamad Alamin menasihatkan rakyat negara ini supaya berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji lumayan dan tidak realistik. Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko demi tawaran gaji yang tinggi untuk pekerjaan yang tidak wujud kerana […]

» Read more

Tolak Kepentingan Politik Sempit, JKDM Sabah Untuk Pembangunan Rakyat – Awang Aslee

BEAUFORT, 29 Okt – “Abaikan tanggapan negatif mengenai kewujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Sabah kerana ia diiktiraf oleh kerajaan pusat. Mereka yang beri andaian negatif hanya fikir kepentingan politik sempit dan bukannya politik pembangunan untuk rakyat.” Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkaitan isu terbabit. Terdahulu telah diadakan sesi taklimat telah dilaksanakan oleh Jabatan […]

» Read more

Kuasa Ekonomi: Malaysia Berpegang Pada Dasar ‘Tidak Bersekutu’ – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia sentiasa berpegang pada dasar ‘tidak bersekutu’ dengan mana-mana negara kuasa ekonomi dalam menangani isu-isu antarabangsa termasuk perang perdagangan yang melibatkan Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China serta Persekutuan Rusia. Menurut beliau bagi memastikan negara tidak tersepit dalam kancah peperangan perdagangan di […]

» Read more

Ekonomi GIG: Kesuma Main Peranan Penting… Perkenal Inisiatif, Kerjasama Antara Agensi

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memainkan peranan penting untuk memperkenalkan inisiatif dan kerjasama antara agensi-agensi berkaitan bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi gig. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani, pada Isnin. “Alhamdulillah, sebelah petang Isnin saya berpeluang menghadiri Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani yang dirasmikan […]

» Read more

Pencapaian Kerajaan Negeri Pahang Bukti BN Cekap Memerintah – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Segala pencapaian yang dikecapi oleh Kerajaan Negeri Pahang menjadi bukti kecekapan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Konvensyen BN Negeri Pahang yang berlangsung pada Ahad telah dihadiri lebih 1,500 pemimpin parti-parti komponen. “Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pahang […]

» Read more

Pusat Khidmat Parlimen Beaufort Lancar Program Jelajah Prihatin Bantu Rakyat – Siti Aminah

BEAUFORT, 29 Okt – Dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan sokongan UMNO bahagian tempatan telah melancarkan Program Jelajah Prihatin 2024. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching pada Khamis lalu bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Klias yang melibatkan seramai 220 orang golongan […]

» Read more

Kerajaan Gubal Akta Baharu Berkaitan Pekerja Gig – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 29 Okt – Satu akta baharu berkaitan pekerja gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Beliau berkata, pembentangan rang undang-undang (RUU) itu akan dibuat Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, setelah selesai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025. “Antara elemen terkandung dalam akta ini ialah jaringan […]

» Read more

Shamsulkahar Mohon Kerajaan Baik Pulih Gerai, Kompleks Sukan Jempol

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berharap kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap pembinaan baru gerai Simpang Empat Bandar Seri Jempol bagi menggantikan gerai sedia ada yang telah lama dan uzur beroperasi sejak 1983. Beliau berkata imej gerai Simpang Empat ini perlu dijaga kerana terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Dataran Sri Jempol yang […]

» Read more

Bajet 2025: Bukti Komitmen Kerajaan Perkasa TVET, Hadapi Cabaran Industri Masa Hadapan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berpandangan peningkatan peruntukan sebanyak RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion tahun lalu satu sebagai komitmen jelas kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Menyifatkan sebagai game changer, beliau berkata ia sebagai pemacu utama dalam melahirkan generasi muda bagi mempersiap tenaga kerja mahir tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap […]

» Read more

‘Blue Print The Greater Kedah’: Jelas Kerajaan Sanusi Ketandusan Idea, Jual Ilusi Dan Mimpi – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 28 Okt – UMNO Kedah melihat ‘Blue Print The Greater Kedah’ yang dilancarkan semalam hanyalah sebuah dokumen ‘ciplak’ dan jelas Menteri Besar dan Barisan Exco negeri terbabit sudah ketandusan idea. Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata berdasarkan penilaian awal, 90 peratus daripada penyata perancangan pembangunan ternyata diambil daripada perancangan berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO […]

» Read more
1 244 245 246 247 248 2,033