Patuh Arahan PKP, Langkah Tangani COVID-19 Perlu Dibuat Bersama – Norsabrina

ALOR SETAR, 5 April – Semua pihak diminta untuk memainkan peranan dalam memastikan usaha menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 berjaya dilakukan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor. Katanya, sebagai rakyat bertanggungjawab, sewajarnya amanah bagi membendung COVID-19 bukanlah semata-mata diletakkan dalam amanah pihak berkuasa. “Semua pihak perlu memainkan peranan bersama. Jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada […]

» Read more

Pengecualian Sewaan Premis Milik Kerajaan Persekutuan Mulai Mac Hingga Ogos 2020 – Shamsul Annuar

KUALA LUMPUR, 5 April – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengecualian sewaan untuk tempoh enam bulan yang diberikan kepada semua penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain adalah mulai Mac hingga Ogos ini. Jelas beliau, Inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi ini akan meringankan […]

» Read more

Isu Hukuman Penjara Pesalah PKP Akan Dibincang

PUTRAJAYA, 5 April – Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, dalam masa terdekat. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini. “Mesyuarat bersetuju hari ini supaya pihak Peguam Negara, […]

» Read more

Krisis Ekonomi Terburuk Akibat COVID-19: Bersediakah Kita?

ALOR SETAR, 5 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Suraya Yaakob berkata, hakikat bahawa penularan wabak COVID-19 memberikan impak negatif dan menjejaskan ekonomi dunia merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal. Jelas beliau, agensi-agensi dan majoriti pakar ekonomi dunia mentafsirkan krisis ekonomi dunia kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah dunia moden. Tidak terkecuali, Malaysia juga amat terkesan […]

» Read more

Malaysia Mesti Sedia Lakukan ‘Total Reset’ Hadapi COVID-19 – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 5 April – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mesti bersedia melakukan ‘total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya dalam berdepan kesan krisis wabak COVID-19. Beliau berkata, sebelum ini orientasi ekonomi negara adalah berdasarkan kebolehsaingan dan pendapatan tinggi, tetapi keutamaan masa kini ialah membangunkan ketahanan ekonomi. “Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional […]

» Read more

Bayaran Awal BPN Langkah Terbaik Kerajaan Jaga Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan ekomomi sebilangan besar rakyat dan usaha kerajaan untuk mempercepatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah satu langkah terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Jelas beliau, bantuan yang telahpun bermula disalurkan ini akan memberi kelegaan kepada hampir 3.24 juta penerima […]

» Read more

Teruskan Perangi Wabak COVID-19, Kita Harus Menang – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Usaha bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 terus giat dijalankan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk hari ke-19 hari ini. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai agar terus memerangi wabak COVID-19 ini. “Teruskan kita perangi Wabak Covid-19. Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh ubat dan kesabaran adalah […]

» Read more

Kita Akan Menang… Fokus Bersama Tangani COVID-19

BERBANGGALAH. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi kita hampir berjaya 1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan […]

» Read more

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Terhadap Penyebar Berita Palsu

PUTRAJAYA, 4 April – Sebanyak 184 kertas siasatan dibuka dan 20 kes didakwa di mahkamah sehingga semalam terhadap penyebar berita palsu mengenai COVID-19 di media sosial, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak akan berkompromi serta akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka […]

» Read more

Jangan Lupa Pandemik COVID-19 Jadi Teruk Sebab PH Masa Jadi Kerajaan Tidak Konsisten – Datuk Abbas

  KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas berkata, rakyat perlu sedar bahawa wabak pandemik COVID-19 menjadi teruk adalah kerana kepimpinan Pakatan Harapan (PH) semasa menjadi kerajaan gagal bersikap konsisten. Jelas beliau, sekiranya kepimpinan PH bersikap tegas, sudah pasti penularan COVID-19 tidak sebegini buruk dan rakyat tidak perlu melalui Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more
1 1,613 1,614 1,615 1,616 1,617 2,093