Konvoi Merdeka Puteri UMNO Melaka Naikkan Semangat Anak Muda Cintakan Negara

MELAKA, 11 Ogos – Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Puteri UMNO Negeri Melaka buat julung kalinya mengadakan konvoi Merdeka Negeri Melaka 2020. Ketua pergerakan Puteri negeri itu, Nurashiqin Alias berkata tujuan konvoi ini diadakan adalah bagi menaikkan semangat merdeka dan cintakan negara khusus kepada anak muda di samping mengeratkan ukhuwah Puteri negeri tersebut. “Mahu tidak mahu kita akui bahawa semangat kemerdekaan […]

» Read more

PRK Slim Sekali Lagi Akan Jadi Medan Buktikan Kesepakatan MN Terbaik – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sekali lagi akan menjadi medan untuk membukti dan merealisasikan kesepakatan Muafakat Nasional (MN) adalah yang terbaik. Jelas beliau, ini bertepatan dengan ‘tagline’ yang digunakan iaitu ‘Kekal Muafakat’ kerana muafakat itu membawa berkat dan membawa kemenangan lebih besar. […]

» Read more

Pemuda Sokong Keputusan UMNO Tidak Sertai PN Jika Didaftarkan Sebagai Parti – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Pemuda UMNO mendukung penuh serta menyokong keputusan kepimpinan tertinggi parti untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu daripada parti komponen sekiranya PN ingin didaftarkan. Malah pergerakan itu menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dijadikan lambang yang hendak digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Bagi kita […]

» Read more

Salah Guna Harta Kerajaan, Presiden PPBM Digesa Ambil Tindakan Terhadap Armada

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Shukor membidas tindakan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Armada yang menyalahguna harta kerajaan dan ia disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bermoral. Jelas beliau, tindakan Armada ini secara tidak langsung boleh memberi impak negatif kepada kerjasama yang dijalinkan dalam Perikatan Nasional (PN). “Harta kerajaan bukan milik peribadi kamu. […]

» Read more

Pemuda UMNO Gerakkan Langkah Untuk PRK DUN Slim Dan PRN Sabah – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Pemuda UMNO telah menggerakkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Perak yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri itu, Ariff Majid dalam usaha membantu parti sepanjang kempen pada PRK berkenaan. Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata gerak kerja telah digerakkan sejak dua […]

» Read more

Ada Pihak Cuba Keruhkan Hubungan UMNO-PAS… PAS Nafi Surat Sokongan Sertai PN

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – “Yang pasti ada pihak yang cuba sedaya upaya untuk mengeruhkan hubungan antara UMNO dan PAS dengan sengaja mengeluarkan dan menyebarkan surat palsu.” Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berikutan tular surat mengatakan PAS menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara sah. Katanya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan […]

» Read more

Simpati Nasib Pengasas Hot Burger, Sokong Tindakan Tutup Premis Perjudian Segera – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa simpati dengan nasib pengasas Hot Buger Malaysia, Mohd Asri Hamid, yang membuat pendedahan berkaitan premis judi serta gerai peniaga warga asing yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh. Katanya, aktiviti judi haram berleluasa dan yang menjadi mangsa adalah mereka yang […]

» Read more

PRK Slim: Pemuda BN Bakal Laksana Formula Baru – Aysraf Wajdi

SLIM, 10 Ogos – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda BN akan melaksanakan beberapa formula baru bersama rakan-rakan daripada Muafakat Nasional (MN) dan juga ‘friends of BN’ di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Ujar beliau, ini penting kerana komposisi pecahan kaum di DUN ini tidak seperti di PRK Slim dan […]

» Read more

PRK Slim: Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Lepas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera parti jangan terlalu berasa selesa dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam siri pilihan raya kecil (PRK) yang lalu. Ujar beliau, semua pihak harus mengenepikan rasa selesa dengan kemenangan kerana isu dan suasana di setiap PRK adalah berbeza. “Jangan berasa selesa dengan kemenangan yang lalu kerana […]

» Read more

PRK Slim Medan Cari Titik Persamaan BN, PAS Dan Bersatu – Zahid

TANJUNG MALIM, 9 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada akhir bulan ini perlu dijadikan sebagai medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS serta Bersatu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kesepakatan BN menerusi UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional terbukti menerusi beberapa PRK sebelum […]

» Read more
1 1,537 1,538 1,539 1,540 1,541 2,104