PRN Sabah: UMNO Sabah Tentukan Kerusi Ditandingi Esok – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 1 Ogos – Umno Sabah akan menentukan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dalam mesyuarat parti esok, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata mesyuarat itu juga akan menentukan hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam usaha memenangi kesemua kerusi yang ditandingi […]

» Read more

3,371 Individu Pulang Ke Malaysia Dikuarantin Di Stesen Kuarantin- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Setakat semalam, seramai 3,371 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa telah ditempatkan di stesen kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari sejak perintah itu dikuatkuasakan pada 24 Julai lepas, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Beliau berkata mereka ditempatkan di 14 hotel serta lima Institut Latihan […]

» Read more

UMNO Sabah Ada Autonomi Tentukan Calon PRN – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 31 Julai – UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata sejurus selepas pengumuman dan pengesahan rasmi Istana Negeri Sabah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri semalam, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membuat persiapan awal […]

» Read more

Muafakat Nasional Masih Sokong Kerajaan Hari Ini – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 31 Julai – Muafakat Nasional bukannya kelompok parti fahaman kiri sebaliknya masih lagi bersama-sama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan juga pentadbiran kerajaan sekarang. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, hal ini tidak menjadi isu jika Muafakat Nasional tidak lagi mahu menyertai Perikatan Nasional (PN). Ini kerana pihaknya telah pun bermesyuarat dengan Muhyiddin […]

» Read more

Bantah Tulisan Jawi : Pemuda UMNO Pahang Sifatkan Dap Biadap, Keterlaluan

RAUB, 31 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal membidas dan kesal dengan tindakan biadab ADUN Tras dari Dap, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang. Tambah keterlaluan tegasnya apabila Chow Yu Hui menuduh Kerajaan […]

» Read more

Salam Aidiladha, Terjemahkan Hari Raya Korban Bagi Perkasakan Islam

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan berharap agar hari raya korban ini akan diterjemahkan bagi memperkasakan dan mendaulatkan Islam. Katanya, ini adalah agar pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan sebagaimana Sirah Nabi Ibrahim yang telah mengorbankan anaknya Nabi Ismail. “Ganjaran yang besar adalah kerana keikhlasan kita […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Bonda Mohd Sharkar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO atas kembalinya bonda beliau ke rahmahtullah malam ini. Terdahulu, petang tadi Ahmad Zahid berkesempatan menziarahi Allahyarhamah sebaik selesai sidang media beliau. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang […]

» Read more

Muafakat Nasional Hulur Pelawaan Rasmi Kepada Bersatu – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini. Katanya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu […]

» Read more

Keputusan UMNO Tidak Bersama PN Untuk Muafakat Nasional Lebih Kukuh

ALOR SETAR, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak bersama Perikatan Nasional (PN) adalah mengambil pendirian kekal bersama Muafakat Nasional (MN) apatah lagi PN belum didaftarkan. Ujar beliau, kenyataan tersebut juga seiring dengan pendirian Perdana Menteri selaku Presiden PPBM untuk […]

» Read more

Pembubaran DUN Sabah Jalan Terbaik Selesaikan Kemelut Politik Negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Julai – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi tadi dilihat sebagai jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemelut politik kembali bergolak selepas beberapa dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pelbagai parti politik […]

» Read more
1 1,045 1,046 1,047 1,048 1,049 1,610