UMNO Rakam Takziah, Bonda Mohd Sharkar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO atas kembalinya bonda beliau ke rahmahtullah malam ini.

Terdahulu, petang tadi Ahmad Zahid berkesempatan menziarahi Allahyarhamah sebaik selesai sidang media beliau.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.