Pembubaran DUN Sabah Jalan Terbaik Selesaikan Kemelut Politik Negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Julai – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi tadi dilihat sebagai jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemelut politik kembali bergolak selepas beberapa dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pelbagai parti politik akan mengambil-alih kerajaan Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum dimana ada ura-ura kononnya terdapat beberapa ADUN yang mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih kerajaan negeri ini seperti yang diumumkan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman semalam adalah pakatan dikalangan ADUN ADUN Sabah dari berbagai-bagai parti

“UMNO Sabah secara jelas tidak terlibat dalam sebarang perkara yang berlaku seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembubaran DUN Sabah itu dilihat akan membuka lembaran baru dalam politik Sabah

“Rakyat Sabah telah melalui pemerintahan beberapa parti pemerintah seperti Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN). Kini kita serahkan pula kepada rakyat negeri ini untuk memilih kerajaan yang mereka benar-benar yakin untuk mentadbir Sabah

“Selaku Ketua UMNO Sabah, kami akan menawarkan beberapa tawaran baru yang boleh kami laksanakan untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan pembangunan negeri Sabah sendiri.

“UMNO dan BN Sabah amat yakin rakyat Sabah tidak akan tersalah pilih kerajaan negeri buat kali kedua, dulu sudah ‘salah ubah’ kini kita bersama sama ‘Ubah Balik Pula’.

“Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat insya-Allah, dengan sokongan rakyat di semua peringkat kami yakin UMNO/BN akan dapat menjadi kerajaan yang mengutamakan kehidupan rakyat, dari pada rakyat kami datang dan kepada rakyat kami kembali,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.