Salam Aidiladha, Terjemahkan Hari Raya Korban Bagi Perkasakan Islam


KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan berharap agar hari raya korban ini akan diterjemahkan bagi memperkasakan dan mendaulatkan Islam.

Katanya, ini adalah agar pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan sebagaimana Sirah Nabi Ibrahim yang telah mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

“Ganjaran yang besar adalah kerana keikhlasan kita dalam perjuangan dan mudah-mudahan keikhlasan kita akan dapat memuncakkan kemenangan UMNO dan Barisan Nadional serta Muafakat Nasional,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sempena perutusan Aidiladha malam ini.

Dalam hal yang sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.

“Semoga semangat dari hari raya korban ini dapat kita insafi bersama didalam membina kehidupan didunia yang sementara ini, insya-Allah,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.