Johor, Persekutuan Kerjasama Pastikan Pembukaan Semula Sempadan Malaysia-Singapura Lancar

onn hafiz

JOHOR BAHRU, 27 Mac – Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau juga telah mempengerusikan mesyuarat Task Force Persediaan Pembukaan Sempadan dan akan terus memantau kesiapsiagaan. “Terima kasih kepada semua pihak dan agensi […]

» Read more

Kerajaan Tidak Pernah Jual Aplikasi MySejahtera, Kerahsiaan Data Terjamin – Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta dan ia adalah hak milik kerajaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini sepertimana diputuskan kerajaan pada 26 Nov tahun lepas, dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dilantik sebagai pemilik utamanya untuk pengurusan kesihatan awam negara. “Data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan KKM sejak ia mula […]

» Read more

RM168.4 Juta Bina, Naik Taraf Menara Telekomunikasi, Laksana PoP Di Ranau

RANAU, 27 Mac – Sebanyak RM168.4 juta diperuntukkan membina, menaik taraf menara telekomunikasi dan melaksanakan projek hab gentian optik titik kehadiran atau ‘Point of Presence’ (PoP) di seluruh daerah Ranau bagi memberikan perkhidmatan internet 4G menjelang tahun hadapan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah itu sebanyak RM103.4 juta diperuntukkan untuk membina sebanyak 35 menara telekomunikasi […]

» Read more

Lebih 15.6 Juta Individu Dewasa Terima Dos Penggalak COVID-19

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sebanyak 15,613,982 individu dewasa atau 66.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,948,364 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,224,510 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, […]

» Read more

Hidupkan Semula Suruhanjaya Pendidikan Negara, Bebas Perubahan Iklim Politik

KUALA LUMPUR, 27 Mac – UMNO Bahagian Johor Bahru berpandangan Suruhanjaya Pendidikan Negara perlu ditubuhkan semula bagi menjamin sektor pendidikan bebas daripada perubahan iklim politik. Biro Pendidikannya, Faiz Banafe berkata suruhanjaya ini perlu dianggotai pakar-pakar bidang dan pakar psikologi pendidikan. “Idea suruhanjaya ini telah dibentang oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) lima tahun lalu. Pembentukannya penting bagi menjamin pendidikan negara […]

» Read more

Kerajaan Pastikan PKS Terus Berkembang – PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kerajaan memberikan perhatian serius bagi memastikan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat terus berkembang bukan sahaja di Malaysia malah ke pasaran serantau. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKS amat penting kepada pembangunan negara kerana ia menyediakan lebih lapan juta peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia. Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), […]

» Read more

Lapor Keputusan Palsu COVID-19, Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – Khairy

SEPANG, 26 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati memalsukan keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen dalam aplikasi MySejahtera, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, Khairy berkata perbuatan melaporkan keputusan saringan COVID-19 yang palsu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beliau berkata majikan boleh melaporkan kepada KKM […]

» Read more

Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Read more

974 KRT Berdaftar Tidak Aktif Di Seluruh Negara – Halimah

ALOR SETAR, 26 Mac – Kementerian Perpaduan Negara mengesan 974 daripada 9,304 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berdaftar di seluruh negara yang tidak aktif memainkan peranan di kawasan masing-masing. Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique bagaimana pun berkata kerajaan tidak berhasrat membatalkan pendaftaran KRT yang tidak aktif itu, sebaliknya akan berusaha mengaktifkan semula peranannya. “KRT yang tidak aktif kita tak batal […]

» Read more

Penggunaan Air Bawah Tanah Di Malaysia Kurang Tiga Peratus – PM Ismail Sabri

BERA, 26 Mac – Penggunaan air bawah tanah di Malaysia kurang daripada tiga peratus berbanding negara lain, walaupun Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah berkapasiti 5,000 bilion meter padu dengan keupayaan penjanaan semula sebanyak 64 bilion meter padu, setahun. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kapasiti air yang sangat besar itu berupaya menjadi sumber alternatif bekalan air negara, namun […]

» Read more
1 949 950 951 952 953 1,903