KKDW Terus Komited Laksana Inisiatif Strategik, Berimpak Tinggi Di Sabah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus komited untuk melaksanakan inisiatif strategik dan berimpak tinggi di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana katanya, beliau hadir ke Sabah sebagai rakyat Malaysia yang berkongsi hasrat untuk melihat komuniti desa di Sabah terus kukuh dan membangun. “Setiap kali […]

» Read more

Wanita UMNO Nadi Perjuangan, Tekad Pastikan Kemenangan Parti – Rahmah

SEPANGGAR, 18 Mei – Wanita UMNO yang terkenal sebagai nadi parti dan tulang belakang perjuangan akan mengerakkan sepenuhnya jenteranya dengan strategi tersusun serta kekuatan akar umbi yang padu dan iltizam tanpa kompromi. Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar Rahmah Rashid, dengan tekad yang bulat, seluruh jenteranya berikrar sebagai penggerak utama dalam misi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya […]

» Read more

Titah Pemangku Sultan Johor Cermin Kasih Sayang Keluarga Diraja Terhadap Rakyat – Md Israk

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berpandangan bahawa titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim mencerminkan kasih sayang keluarga Diraja terhadap rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Ismail di atas perkenan merasmikan Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Negeri Johor Ke-15.   “UMNO […]

» Read more

‘Sabah For Sabahan’: Adakah Orang UMNO Sabah Tidak Sayang Sabah?

SEPANGGAR, 18 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Yakub Khan menempelak pihak yang menanam kebencian rakyat Sabah terhadap UMNO dengan memainkan sentimen ‘Sabah For Sabahan’. Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai itu, ahli-ahli parti itu juga berasal dari Sabah serta sayang kepada negeri itu dan seharusnya rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO […]

» Read more

Mohamed Khaled Santuni 71 Orang Pemandu Teksi, Kereta Sewa

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyantuni 71 orang pemandu teksi dan kereta sewa pada Jumaat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan bahawa pertemuan tersebut diadakan dengan tujuan untuk bertukar pandangan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan teksi. “Hari ini, saya berpeluang untuk bertemu ahli-ahli […]

» Read more

Sekali Berjuang, Terus Berjuang… Hingga Capai Kemenangan

SEPANGGAR, 17 Mei – “Sekali berjuang, terus berjuang… sehingga mencapai kemenangan.” Demikian kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di hadapan lebih seribu jentera dan pendukung parti UMNO Bahagian Sepanggar. Berucap di Majlis Pelancaran Gerak17 Parlimen Sepanggar, petang tadi di sini, Bung yang juga Ketua UMNO Negeri menyeru setiap jentera parti perlu […]

» Read more

UMNO/BN Tidak Pernah Tutup Pintu Rundingan Hadapi PRN Sabah

SEPANGGAR, 17 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menutup pintu rundingan dan masih terbuka menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataannya sebelum ini mengenai kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain parti di negeri itu iaitu ‘BN PH […]

» Read more

Perak Terima Pelaburan RM250 Juta Dari Belgium – Saarani

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kerajaan Negeri Perak telah menerima pelaburan baharu sebanyak RM250 juta dari sebuah syarikat tersohor di Belgium iaitu Lhoist Group. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pelaburan tersebut adalah untuk membezakan lagi fasiliti pengeluaran Lhoist Group di Tapah. “Misi Pelaburan Kerajaan Negeri Perak ke Belgium hari ini membuahkan hasil […]

» Read more

359 Khemah Diperuntukkan Untuk Usahawan Mikro Segamat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Sebanyak 359 buah khemah telah diperuntukkan kepada usahawan mikro di Parlimen Segamat, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Kasap telah mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk merasmikan Majlis Pelancaran […]

» Read more

Agenda Reformasi Undang-Undang Kerajaan Madani Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Agenda reformasi undang-undang dan Institusi Kerajaan Madani dilihat membuahkan hasil serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah bertemu dengan Menteri Keadilan Jepun, TYT Keisuke Suzuki dalam rangka […]

» Read more
1 90 91 92 93 94 1,944