Along Hadapi Saingan Dua Penjuru Di Asahan

ALOR GAJAH, 31 Okt – Datuk Dr Fairul Nizam Roslan sah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga penyandang kerusi berkenaan bakal berdepan calon Pakatan Harapan (PH) dalam pertandingan dua penjuru. Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azam Zalil di Pusat Penamaan Calon, […]

» Read more

Ab Rauf Calon Nombor Dua DUN Tanjung Bidara

TANJUNG BIDARA, 31 Okt -Pegawai Pengurus bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara, Datuk Saifuddin Abdul Karim telah  memaklumkan menerima kertas penerimaan calon bagi DUN Tanjung Bidara pada jam 10.00 pagi. Calon telah mengemukakan kertas-kertas penerimaan pada yang ditetapkan. Pusat-pusat mengundi telah dimaklumkan pada notis pilihan raya yang akan diwartakan dan dipamerkan di […]

» Read more

Lagu BN Bergema Iringi Perarakan Calon DUN Asahan

ALOR GAJAH, 31 Okt – Suasana penuh semangat mewarnai perarakan untuk proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Nyanyian lagu Barisan Nasional (BN) menjadi penyuntik semangat kepada ratusan penyokong yang mengiringi calon BN menuju ke Pusat Penamaan Calon, Kolej Teknologi Jabatan Tenaga Manusia Kampus Selandar. Perarakan tersebut berlangsung dalam keadaan tertib bersama […]

» Read more

Tok Mat Hasan Iring Calon BN Lendu, Jentera Gelombang Biru Meriah

MASJID TANAH, 31 Okt – Suasana meriah dengan kibaran bendera Barisan Nasional (BN) dan kehadiran jentera parti mengiringi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini. Ketibaan calon turut diiringi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang […]

» Read more

“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara

TANJUNG BIDARA, 31 Okt – Laungan “Mana Lagi… Melaka Lerr” dan “Kita Geng Biru” bergema penuh bertenaga, membakar suasana sepanjang perjalanan menuju pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab. Karim, JAPERUN Tanjung Bidara, sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Sorakan bersemangat itu mengiringi perjalanan menuju pusat penamaan calon, menyaksikan penyokong Barisan Nasional (BN) hadir […]

» Read more

Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula

MELAKA, 31 Okt – Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini membuka tirai persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menandakan bermulanya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan mandat rakyat dan meneruskan kesinambungan pentadbiran di negeri itu. Dengan tempoh berkempen selama 14 hari, BN berdepan cabaran mempertahankan rekod kemenangan pada PRN Melaka 2021 […]

» Read more

PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN

MELAKA, 30 Okt – Jarak beribu batu dari Negeri di Bawah Bayu tidak menjadi penghalang buat barisan kepimpinan UMNO Sabah untuk turun padang bersama-sama berkampung dan menyemarakkan lagi jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu merangkap Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Musliati Moslimin, kehadiran dalam pasukan jentera BN jelas […]

» Read more

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Azril Aziz sedia untuk berkhidmat dan bertekad bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut. Azril yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah berkata, pencalonan beliau sebagai calon muka baharu merupakan satu amanah dan tanggungjawab serta akan dipikul dengan penuh yakin. “Apabila nama saya diumumkan sebagai calon […]

» Read more

Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi

PANTAI KUNDOR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi menzahirkan komitmen untuk terus mendekati masyarakat menerusi pendekatan kebajikan dan ziarah secara langsung bagi memahami keperluan serta kesulitan yang dihadapi penduduk setempat. Menurutnya, program Ziarah Kasih bersama Wanita DUN Pantai Kundor bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk bertanya khabar, […]

» Read more

PRN Melaka Ke-16 Bermula Esok Dengan Penamaan Calon, 28 Kerusi Jadi Rebutan

MELAKA, 30 Okt – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membuka tirai esok dengan proses penamaan calon, sekali gus menandakan bermulanya persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tempoh berkempen selama 14 hari. Tumpuan terarah kepada 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri apabila calon daripada parti yang bertanding bakal mengemukakan kertas pencalonan masing-masing bermula 9 hingga 10 […]

» Read more
1 … 5 6 7 8 9 … 2,350