Kerajaan Lancar Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik Esok – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik akan dilancarkan esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata skim yang dibuka kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah itu adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). “Pada […]

» Read more

158 Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Luar Negara Masih Terkandas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Seramai 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara masih terkandas di negara destinasi setakat November lepas, Dewan Negara diberitahu. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata angka itu adalah daripada jumlah keseluruhan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang dilaporkan membabitkan seramai 428 orang. “Sehingga 20 Nov lepas, Polis Diraja Malaysia […]

» Read more

Dr Akmal Nafi UMNO Tiada Tempat Di Hati Orang Melayu, Yakin Akan Dapat Kembali Kepercayaan

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh percaya sekiranya perubahan dilakukan sebagaimana pada kemahuan orang Melayu terhadap UMNO maka parti tersebut akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini. Beliau mengakui bahawa sokongan orang Melayu terhadap UMNO kini berkurangan tetapi untuk menyatakan UMNO kini sudah tiada langsung tempat di hati orang Melayu adalah tidak benar. “Ya, […]

» Read more

Onn Hafiz Dilantik Pengerusi BPUN Johor, Rozi Mamat Pengerusi BPUN Terengganu

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Datuk Onn Hafiz Ghazi telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Johor sementara Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi BPUN Terengganu yang berkuat-kuasa serta merta. Demikian maklum Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duski dalam satu kenyataan hari ini. “Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi […]

» Read more

Belanjawan Kedah 2024: Mohd Raqib Bidas Sanusi, Harap Dana Persekutuan Bangun Negeri

ALOR SETAR, 7 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan membidas pembentangan Belanjawan Kedah 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana dilihat mengharapkan dana persekutuan untuk pembangunan negeri. Jelasnya, beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengenai belanjawan tersebut. […]

» Read more

Tingkat Kesefahaman, Kerjasama Kerajaan Perpaduan… Konvensyen Peringkat Negeri Diadakan Bermula Januari

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Untuk mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia, Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan diadakan bermula Januari 2024. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuh Kerajaan Perpaduan melalui perjanjian yang telah dimeterai. “Sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan Malaysia, […]

» Read more

Malaysia Capai Nilai Pelaburan Tertinggi Berbanding 10 Tahun Lepas – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Jumlah nilai pelaburan yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini sebanyak RM225 bilion adalah antara pencapaian tertinggi dan terbaik Malaysia sepanjang sepuluh tahun lepas. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu membuktikan daya tarikan berterusan Malaysia serta keyakinan pelabur terhadap negara ini sebagai sebuah […]

» Read more

Pahang Tubuh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri – MB

KUANTAN, 6 Dis – Kerajaan Pahang menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) bagi memantapkan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. MPEN yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Dis lepas, dipengerusikan bekas Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak dan dianggotai sembilan ahli termasuk masing-masing dua daripada ahli Majlis […]

» Read more

TNB, JKR Diarah Selesai Isu Gangguan Elektrik Libatkan CIQ BSI

JOHOR BAHRU, 6 Dis – Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mengalami gangguan bekalan elektrik dari 8 malam tadi. Sehubungan itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan itu pada kadar segera. “Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan […]

» Read more

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Telah Dikreditkan

PUTRAJAYA, 6 Dis – Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perbelanjaan menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya di sini hari ini, Ahmad berkata sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan […]

» Read more
1 475 476 477 478 479 1,901