Mohd Isam Bangkit Isu Ketelusan JPJeBid, Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Tampin hari ini bertanya berkenaan berkenaan sistem JPJeBid yang sering dibangkitkan orang ramai, terutamanya melibatkan masalah teknikal platform tersebut. Beliau juga memaklumkan ini kerana ia menimbulkan persepsi negatif terhadap ketelusan sistem tersebut. “Berhubung platform dalam talian yang digunakan untuk bida nombor plat kenderaan iaitu JPJeBid, kita sering mendengar […]

» Read more

Puteri UMNO Terus Teguh Sebagai Suara Wanita Muda Berani Dan Berkualiti

SEREMBAN, 4 Ogos– Pergerakan Puteri UMNO menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-24 semalam, menandakan hampir suku abad sumbangan cemerlang sayap wanita muda itu dalam perjuangan parti keramat UMNO. Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, Hazratul Ilani Misdar berkata sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Puteri UMNO telah menjadi wadah penting kepada generasi wanita muda untuk menyuarakan pandangan, memimpin pelbagai inisiatif rakyat, serta […]

» Read more

Isu Sindiket ‘Fly’ Di KLIA, Peruntukan Urus Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Langkah penyelesaian isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh melibatkan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pendedahan kes sindiket Fly dan U-turn antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi soal jawab […]

» Read more

Kita Bertanding Atas Panji BN, UMNO Sedia Hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

SANDAKAN, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus bertanding di bawah panji dan lambang yang sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sambil menekankan bahawa kemenangan amat penting demi rakyat negeri berkenaan. Berucap pada majlis perasmian penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan […]

» Read more

Bersama Kuatkan Parti, Terajui Kekuatan Bangsa Di Pusat Pentadbiran – Ab Rauf

KUALA PILAH, 3 Ogos – Seluruh pejuang dan pendukung UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu untuk menguatkan semula parti agar ia dapat menerajui kekuatan bangsa di pusat pentadbiran. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hebat kerana ia melahirkan pemimpin untuk meneruskan legasi mentadbir negara. “Kita […]

» Read more

UMNO Libaran Terus Kukuh, Perjuangan Kekal Relevan – Suhaimi

LIBARAN, 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa UMNO Libaran kekal teguh dan terus berkembang sebagai parti yang relevan serta mendapat kepercayaan akar umbi meskipun berdepan pelbagai cabaran. Ketika menyampaikan ucapan aluan sempena perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Libaran oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau memaklumkan bahawa seramai 1,429 perwakilan daripada 169 […]

» Read more

Zahid Ingatkan Jentera Parti Tolak Politik Negatif Di Sabah

LIBARAN, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar jentera parti mengelak daripada politik negatif dan menumpukan usaha kepada tawaran yang membina kepada rakyat Sabah. Menurut beliau apa yang penting dan perlu ditonjolkan adalah semangat untuk bersama-sama rakyat Sabah melakukan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. “Jangan fitnah sesiapa. Kita hanya berjanji untuk […]

» Read more

Kita Ada Peluang Untuk Bina Semula UMNO – Nur Jazlan

PULAI, 3 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk membina semula parti agar dominan pada masa hadapan, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara berkata, meskipun mengalami kekalahan pada 2018, UMNO dilihat mula bangkit dan dapat meyakinkan rakyat bahawa parti ini semakin kuat. “Kita jangan lupa tahun […]

» Read more

Tok Mat Garis Empat Elemen Penting Menjelang Pilihan Raya

PUTATAN, 3 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata empat elemen utama untuk menghadapi pilihan raya dalam usaha memastikan parti bukan sahaja kekal relevan malah mampu mencipta kemenangan. Beliau menyatakan perkara tersebut semasa berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Putatan, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Jeffery Nor Mohamed serta barisan Ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah dan perwakilan akar […]

» Read more

UMNO Perlu Pulihkan Sokongan Orang Melayu – Mohamed Khaled

PASIR GUDANG, 3 Ogos – UMNO perlu mencari jalan untuk memulih dan mengembalikan sokongan orang Melayu agar parti keramat ini akan kembali dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perpaduan dan keakraban yang terbina di antara pemimpin serta akar umbi dilihat mampu untuk memulihkan imej […]

» Read more
1 … 452 453 454 455 456 … 2,363