Ahmad Zahid Minta Rakyat Hati-hati, Bayang-bayang Dokumen Bukan Kitab Suci Akan Muncul Semula

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia untuk hati-hati kerana terdapat bayang-bayang dokumen bukan kitab suci akan muncul semula untuk memperdaya lagi. Tegasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), beringatlah kepada kisah seperti mansuhkan tol dan PTPTN percuma. “Tentunya semua masih ingat pada dokumen manifesto ini. Dokumen ini sangat licik, manipulatif […]

» Read more

Penambahbaikan Dan Percepatkan Capaian Internet Di Kawasan Luar Bandar – Zahidi

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kerajaan komited dalam memastikan liputan jalur lebar menyeluruh di seluruh negara termasuklah di kawasan pedalaman di Negeri Sarawak. Menurutnya, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1, inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dijalankan di Sarawak dan Parlimen Serian serta Parlimen Betong setakat suku kedua […]

» Read more

Mahiaddin Angkuh, Bongkak… Berangan-angan Nikmati Kuasa Selama-lamanya – Zaidy

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, yang mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) /UMNO sebagai musuh utama menunjukkan beliau seorang yang sombong dan sentiasa berangan ingin menjawat Perdana Menteri kembali.  Demikian tegasnya Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Zaidy Abdul Kadir berkaitan isu terbabit Katanya kepada UMNO Online, Muhyiddin tidak perlu mengumumkan bahawa BN, khususnya UMNO […]

» Read more

Terus Diiktiraf, Keputusan MKT UMNO 30% Calon Wanita Langkah Terbaik Perkasakan Wanita – Norshida

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersetuju untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang merupakan satu langkah yang amat baik dalam memperkasakan lagi wanita di negara ini. Pada masa yang sama, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO […]

» Read more

Sambut Baik Keputusan MKT, Angkat Wanita Dalam Pentadbiran Dan Politik – Noraini

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Wanita UMNO Malaysia menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bersetuju untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam PRU15 akan datang. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan berkenaan bukan sahaja mengiktiraf keupayaan dan kemampuan wanita untuk memimpin, tetapi ianya merupakan satu iltizam UMNO memperkasakan peranan wanita di negara ini malah […]

» Read more

Daripada Nak Hina, Caci, Maki UMNO… Lebih Baik Diam – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan agar mana-mana pihak khususnya bekas ahli UMNO agar tidak menghina, maki dan caci UMNO serta kepimpinannya sebaliknya menyarankan mereka ini untuk bermuhasabah diri atau sebaiknya diam. Ini kerana katanya, tiap hari ada saja kalimah yang burukkan UMNO malah lebih malang apabila yang lemparkan cacian adalah mereka […]

» Read more

Kemahiran, Pendidikan Tinggi, E-Dagang Komponen Penting Tingkat Pendapatan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan langkah yang dilakukan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Katanya ini kerana, ianya bersesuaian dengan perkembangan negara yang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. “… yang perlu adalah rakyat berpendapatan tinggi bukan hanya sekadar […]

» Read more

Isu Tommy Thomas: Rafizi Tuduh UMNO Rasis… Terhutang Budi Banyak Kes Digugurkan?

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menuduh UMNO rasis lantaran membangkitkan isu laporan panel penyiasat khas terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Soal Dr Asyraf Wajdi, adakah Rafizi fikir pendakwaan terpilih dan bersifat politik sesuatu yang adil? “Isu penyalahgunaan kuasa dalam isu perlantikan […]

» Read more

Ahmad Zahid Tegaskan Keputusan UMNO Dibuat Secara Kolektif Demi Parti, Kini Fokus PRU15

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa keputusan UMNO memecat dan menggantung keahilan beberapa ahlinya dibuat secara kolektif dan musyawarah demi kepentingan parti semata-mata. Jelasnya, tiada mana-mana individu berkepentingan di sebalik keputusan itu, malah inilah tindakan yang diputuskan bersama demi kemaslahatan UMNO. “Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan […]

» Read more

Shahrir Sindir Rafizi, Bila Lagi Nak Balas ‘Budi’ Tommy Thomas?

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menyindir pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa bekas Peguam Negara, Tommy Thomas terlalu banyak melakukan ‘budi’ kepada mereka terutama dalam menyelamatkan pemimpin parti itu daripada kes mahkamah. “Bila lagi nak membalas budi Tommy yang telah selamatkan pemimpin-pemimpin PH, termasuk diri Rafizi Ramli sendiri dari perbicaraan mahkamah?” katanya […]

» Read more
1 441 442 443 444 445 1,523