UMNO Terus Teguh di Usia 79 Tahun, Awang Aslee Seru Ahli Parti Kekal Bersetia

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sempena ulang tahun UMNO ke-79, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menyeru seluruh ahli parti agar terus berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dan meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Dalam kenyataannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang UMNO yang sarat dengan sejarah perjuangan, pengorbanan serta kejayaan sejak penubuhannya. “Di sebalik […]

» Read more

Ulang Tahun ke-79: UMNO Teguh Setia Demi Agama, Bangsa dan Negara – Mohd Rafi

LABUAN, 12 Mei – Semalam genap 79 tahun usia penubuhan UMNO yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai parti setia berjuang demi agama, bangsa dan tanah air, walaupun telah melalui pelbagai cabaran sejak ditubuhkan pada 1946. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, ulang tahun kali ini bukan sekadar memperingati sejarah tetapi menyeru […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Wesak Kepada Penganut Buddha

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara. Dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, beliau menzahirkan harapan agar sambutan Hari Wesak tahun ini membawa makna yang istimewa kepada semua yang meraikannya. “Malaysia terus menjadi contoh negara yang meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi […]

» Read more

UMNO Sambut Ulang Tahun ke-79, Hayati Sejarah, Dakapi Perjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-79, bertepatan dengan musim Mesyuarat Tahunan Cawangan UMNO di seluruh negara. Dalam satu kenyataan sempena ulang tahun tersebut, Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican menyeru seluruh ahli parti agar menghayati sejarah penubuhan UMNO dan terus mendakap semangat perjuangan asal yang menjadi tunjang kekuatan parti sejak 1946. […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79: Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Tekad Perkukuh Perjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tanggal 11 Mei 2025 menandakan ulang tahun ke-79 penubuhan UMNO, sebuah parti yang telah menjadi tulang belakang perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara sejak 1946. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran menerusi laman Facebooknya menyatakan bahawa UMNO kekal utuh kerana ia berakar di jiwa rakyat dan bernafas dalam denyut nadi perjuangan. […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79, UMNO Terus Komited Perjuang Bangsa Dan Agama – Khaled

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini genap 79 tahun penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti yang telah memainkan peranan besar dalam pembangunan negara dan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu serta agama Islam sejak tahun 1946. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan sempena ulang tahun tersebut berkata, sepanjang tempoh hampir lapan dekad itu, UMNO […]

» Read more

UMNO 79 Tahun: Perkukuh Dasar Pro-Rakyat, Bina Keyakinan Generasi Muda

SEREMBAN, 11 Mei – UMNO hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-79, memperingati penubuhannya pada 11 Mei 1946 yang menjadi titik tolak kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta pembinaan negara Malaysia moden. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ulang tahun ini bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi juga pengiktirafan terhadap sumbangan besar UMNO dalam membentuk asas […]

» Read more

UMNO 79 Tahun: Terus Komited Perjuangkan Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO hari ini genap berusia 79 tahun, menandakan hampir lapan dekad perjuangan parti tersebut dalam membela agama, bangsa dan negara sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946. Menurut Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ulang tahun ini merupakan waktu terbaik untuk rakyat, khususnya ahli parti, menghayati sejarah panjang perjuangan UMNO yang bermula sejak era […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79: Ahmad Zahid Seru Ahli Pertahan Legasi Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli dan penyokong parti sempena ulang tahun ke-79 UMNO yang akan disambut pada 11 Mei. Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, Ahmad Zahid berkata ulang tahun ini melambangkan kematangan serta kekuatan akar perjuangan UMNO yang telah sekian lama menjadi tunggak kepada pembentukan negara […]

» Read more

Hari UMNO ke-79: Sekolah Patriotik UMNO Anjakan Baharu Parti – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sekolah Patriotik UMNO merupakan satu anjakan dan titik permulaan baharu kepada UMNO sempena menyambut Ulang Tahun yang ke-79 pada 11 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sekolah Patriotik UMNO merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia adalah salah satu usaha untuk mengekalkan kerelevanan UMNO mengikut zaman. “Saya rasa sangat terharu […]

» Read more
1 435 436 437 438 439 2,254