UMNO Alor Setar Tuntut Titah Adendum Didedah, Segera Dilaksana

KUALA LUMPUR, 26 Julai – UMNO Bahagian Alor Setar telah membawa usul untuk menuntut agar Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan dan segera dilaksanakan. Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, terlalu banyak jasa yang telah disumbangkan oleh Najib ketika mentadbir negara. “Kita semua tahu siapa Najib. Bukan […]

» Read more

Depani PRU16: Penyertaan Rakyat Bersama UMNO Penting – Azalina

TEMERLOH, 26 Julai – Penyertaan rakyat bersama UMNO penting untuk memastikan parti ini menang pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-16, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, sejarah membuktikan bahawa pihak lawan sentiasa cuba untuk mematikan UMNO namun usaha tersebut tidak berjaya. “Masalah […]

» Read more

Permohonan Sertai TVET Meningkat Kepada 229,000 Hingga 12 Julai

KANGAR, 26 Julai – Permohonan bagi menyertai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak, iaitu daripada 25,000 kepada 229,000 permohonan dalam tempoh dua tahun setakat 12 Julai lepas. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peningkatan itu antaranya disebabkan terdapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran […]

» Read more

Fathul Bari Sifatkan UMNO Parti Bernilai Tinggi, Terus Gilap Jadi Pilihan Rakyat

KANGAR, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti bernilai tinggi yang kini perlu diperkasa dan digilap sebaik mungkin agar terus menjadi pilihan terbaik kepada rakyat, khususnya di Perlis. Berucap sempena Mesyuarat UMNO Bahagian Kangar yang dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkata parti berkenaan memiliki […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin UMNO Perlis Mampu Bangkit Semula

KANGAR, 26 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menyatakan keyakinan penuh bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kembali bangkit di bumi Perlis melalui kepimpinan yang lebih mantap dan berwibawa. Berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar, beliau berkata tiga tokoh utama yang kini menerajui UMNO Perlis mampu menyuntik semangat baharu serta mengembalikan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Tiada Hala Tuju? Itu Zaman MB Bersatu – Sollehin

BUKIT GANTANG, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Buki Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie membidas kenyataan Srikandi Bersatu Perak yang berkata kerajaan negeri sekarang ini tiada hala tuju. Tegas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu, seharusnya sayap parti Bersatu itu membaca laporan kewangan negeri Perak dan melihat pelbagai pelan yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. […]

» Read more

UMNO Yakin Rakyat Kedah Sedia Lakukan Perubahan Kepimpinan Negeri

ALOR SETAR, 26 Julai – UMNO yakin rakyat di Kedah bersedia untuk melakukan perubahan kepimpinan negeri demi masa depan yang lebih stabil kerana mereka dilihat semakin menyedari keperluan memilih pemimpin yang mampu menjaga kebajikan dan hala tuju negeri. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selepas melalui cabaran di negeri itu, kini sudah tiba masanya rakyat Kedah kembali memilih […]

» Read more

Kerajaan Berazam Perluas Liputan 5G Di Kawasan Desa – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 26 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan berazam memperluas liputan 5G di desa sebagai antara usaha memastikan pemimpin di kawasan itu memanfaatkan penggunaan media sosial untuk berkomunikasi dengan penduduk. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata sehubungan itu, pihaknya dan Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi akan bersama-sama menjayakan […]

» Read more

Perlis Boleh Berubah, Kombinasi Baharu Dan Lama Kukuhkan Momentum UMNO – Dr Asyraf Wajdi

KANGAR, 25 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menzahirkan keyakinan bahawa negeri Perlis sedang menjadi antara contoh terbaik kebangkitan UMNO melalui kepimpinan generasi muda yang segar, berani dan berpadu tenaga di samping tokoh-tokoh lama yang berpengalaman. Berucap pada majlis Perasmian Mesyuarat Serentak Wanita dan Sayap UMNO bahagian Kangar, beliau seterusnya menjelaskan tiga bahagian UMNO […]

» Read more

‘Pas/PN Hanya Main Tafsiran Politik Tidak Berfakta’ – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin membidas kepimpinan Pas/Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan beliau sebagai memainkan sentimen tidak berfakta. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, ini kerana pentadbiran negeri Pahang diketuai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah membuktikan komitmen terhadap agenda rakyat. “Apa yang cuba digambarkan oleh Pas–PN hanyalah tafsiran […]

» Read more
1 350 351 352 353 354 2,251