Isyarat Perang Sudah Jelas… UMNO Perlu ‘Perkasa Sabah, Makmurkan Rakyat’ – Raimie Unggi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Isyarat perang sudah jelas maka UMNO Sabah perlu bergerak berdasarkan visi dan misi yang mantap iaitu berasaskan tekad ‘Perkasa Sabah, Memakmurkan Rakyat Sabah’. Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raimie Unggi berkata, UMNO Sabah tidak pernah gagal dalam melahirkan pemimpin meskipun parti ini dianggap sebagai tempat persinggahan. “UMNO ini boleh dianggap rumah. Ada yang telah pergi […]

» Read more

Presiden UMNO Mampu Kembalikan Kekuatan Dan Kesepaduan Orang Melayu – Aminuddin Omar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Perjuangan UMNO yang telah dilalui oleh para pemimpin terdahulu membuktikan kecekalan mereka menghadapi pancaroba dan sebagainya. Wakil UMNO Negeri Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata perjuangan mereka bukanlah seperti keadaan hari ini, mereka menempuh segala rintangan dan ranjau menentang penjajah. Namun begitu katanya, bagi perjuangan hari ini hanya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi […]

» Read more

Solidariti Perwakilan UMNO Sabah, Matlamat Menang PRN – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sekali lagi meluahkan harapan dan ikrar kepada akar umbi negeri ini bagi melaksanakan gerak kerja terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Beliau berkata kemenangan tersebut penting bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) dominan sekaligus dapat mentadbir negeri ini. “Jadi matlamat kita cuma satu BN perlu menang […]

» Read more

Gunakan Perkongsian Kuasa Dengan Bijaksana Untuk Mantapkan UMNO – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyeru seluruh pemimpin dan perwakilan untuk menggunakan prinsip perkongsian kuasa dengan bijaksana terutamanya dalam usaha memantapkan parti. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata, suara rakyat perlu dihormati dan dijunjung tinggi meskipun berlaku perubahan besar dalam landskap politik pada ketika ini. “Kita telah menyaksikan […]

» Read more

Tawaran Kursus TVET Terus Ke Alam Pekerjaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dijadikan agenda merentasi kaum dengan satu ekosistem pendidikan baharu yang menggunakan tenaga dalam negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara menjelaskan peluang perkerjaan sememangnya banyak tetapi industri memerlukan yang berkemahiran maka TVET adalah jawapannya untuk menyediakan […]

» Read more

Fareezad Cadang Wujudkan Sekolah Politik Mahasiswa Untuk Hadapi Pemikiran Anti Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Wakil Mahasiswa Muhammad Fareezad Khairuddin berkata UMNO perlu mewujudkan sekolah politik untuk mahasiswa agar dapat mengimbangi gerakan-gerakan yang bersifat anti perlembagaan di kampus. Kata pelajar jurusan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, gerakan seperti itu merupakan satu ancaman untuk masa depan negara. “Apa ancaman masa hadapan kita? Dalam kalangan mahasiswa kini terdedah dengan fenomena […]

» Read more

Pegang Amanat Presiden, Kini Fokus Kukuhkan UMNO – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata fokus UMNO kini adalah untuk pemerkasaan parti dengan menghadapi pelbagai cabaran di era digital untuk terus pastikan UMNO terus kekal relevan. Katanya, ucapan dasar Presiden semalam adalah seruan untuk semua, satu panggilan yang jelas dan lantang bahawa UMNO tidak akan tunduk kepada […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Kesal Cara Berpolitik Pas Gelar Dajal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Presiden Pas dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih ‘dajal’ daripada ‘dajjal’. Menerusi satu kenyataan media MUU memaklumkan bahawa politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi […]

» Read more

Gerai Warnai Kemeriahan PAU… Bantu Usahawan Perkenal Produk, Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Gerai jualan yang mewarnai kemeriahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 sememangnya dapat membantu usahawan lokal memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka secara terus kepada para perwakilan. Tinjauan UMNO Online mendapati bahawa ruang legar yang menempatkan lebih seratus gerai sentiasa dikunjungi oleh para perwakilan tidak mengira masa. Peniaga urutan GenQi, Marleena Asror, 42, berkata, dengan adanya gerai […]

» Read more

Baiki Parti, Bangunkan Jati Diri Dan Jangan Sangsi Pada Presiden – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh berharap ahli-ahli UMNO mengambil peluang dan semangat yang disampaikan oleh Presdien UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 Menurutnya, dengan kata-kata semangat itu sudah pasti ahli parti dapat membangunkan siasah diri serta membaiki parti agar kembali kuat. “Saya harap ahli parti mengambil peluang […]

» Read more
1 275 276 277 278 279 1,903