Lapan Exco Perlis Angkat Sumpah Jawatan

ARAU, 13 Jun – Lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis mengangkat sumpah jawatan Exco, hari ini yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan watikah pelantikan yang disaksikan Raja Muda Tuanku Syed Fazizuddin Putra Jamalullail. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan […]

» Read more

Semarakkan Perpaduan Menerusi Hari Raya – MB Pahang

KUANTAN, 13 Jun – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, menggesa rakyat memanfaatkan sambutan Aidilfitri untuk terus menyemarakkan semangat perpaduan di negeri ini. Katanya, antara yang boleh dilakukan adalah dengan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung yang dapat merapatkan silaturahim bukan hanya dalam kalangan saudara-mara, tetapi juga masyarakat berbilang kaum. “Salah satu punca utama berlangsungnya kestabilan politik dan […]

» Read more

BN Berpolitik Secara Matang, Terima Keputusan Komponen Sarawak – Wanita BN

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Barisan Nasional (BN) secara matang dan menerima secara terbuka keputusan empat parti komponen di Sarawak keluar daripada B, kata Penolong Setiausaha Wanita BN Datuk Dr Noraini Ahmad. Sehubungan itu, katanya, Wanita BN meminta pucuk kepimpinan parti berkenaan untuk membincang kaedah terbaik agar dapat menjaga dan membela kepentingan rakyat di dalam Dewan Rakyat pada masa akan […]

» Read more

Keputusan Empat Parti Di Sarawak Keluar BN Perlu Dihormati

ALOR SETAR, 12 Jun – Keputusan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak untuk meninggalkan gabungan berkenaan bagi membentuk pakatan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dihormati. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata anggota UMNO serta BN tidak perlu bersedih kerana masih ramai anggota yang tetap setia bersama gabungan berkenaan. “Atas sifat sebuah negeri yang […]

» Read more

Azalina Calon Diri Tawar Ahli Majlis Tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menawarkan diri sebagai calon Anggota Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2018-2021. Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman sosialnya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tekad untuk memperkasakan suara akar umbi yang menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan […]

» Read more

Jamelah Umum Tidak Bertanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Exco Wanita UMNO Datuk Jamelah Abu Bakar mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti itu kali ini. Serentak dengan itu, beliau juga mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam UMNO yang dipegangnya iaitu Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Wanita UMNO, Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Wanita UMNO Pulau Pinang dan Anggota Jawatankuasa […]

» Read more

UMNO Johor Hormati Keputusan Hishammudin Tidak Tanding Jawatan UMNO Pusat

JOHOR BAHRU, 10 Jun – UMNO Johor menghormati keputusan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Naib Presiden UMNO itu diterima pihaknya walaupun ia sesuatu yang memeranjatkan dan mendukacitakan. “Kita terpaksa menghormati keputusan Datuk Seri […]

» Read more

Agong Serah Sumbangan Kepada Asnaf Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 10 Jun — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 400 asnaf dalam jajahan ini di Masjid Mukim Dalam Rhu di sini. Pada majlis itu juga, Seri Paduka turut berkenan menyerahkan kaca mata kepada 500 penerima. Terdahulu, Sultan Muhammad V tiba di masjid berkenaan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib bersama […]

» Read more

Dua Puteri UMNO Sabah Tawar Diri Tanding Exco Puteri

KOTA KINABALU, 10 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Sabah mengetengahkan dua calon Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan pergerakan sayap 23 Jun ini. Ketua Puteri UMNO Sabah Normalah Rasik berkata dua calon yang menawarkan diri untuk pemilihan Exco Puteri UMNO itu ialah Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Puteri UMNO Kota Marudu Sharifah Lydia Sharif Dandan. “Puteri UMNO […]

» Read more

Faezah Tawar Diri Tanding Naib Ketua Puteri UMNO

SEREMBAN, 9 Jun – Nur Faezah Fazal, Pegawai Khas kepada Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini. Nur Faezah, 28, berkata beliau harap dapat diberikan kepercayaan daripada anggota untuk mengalas tanggungjawab tersebut. “Sejak saya bersama UMNO, saya menyedari perjuangan ini bukan perjuangan yang sementara. Perjuangan ini tidak […]

» Read more
1 1,739 1,740 1,741 1,742 1,743 1,746