Najib Menang Tanpa Bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan

KUALA LUMPUR, 23 Jun  — Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 74 Ketua Bahagian yang diumum menang tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Bahagian kali ini. Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan tanpa pencabar. Selain Najib, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO Datuk Seri Dr […]

» Read more

Elak Politik Wang Dalam Pemilihan UMNO – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 23 Jun – Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah mahu budaya politik wang dalam pemilihan parti itu dapat dihapuskan, sekali gus perwakilan dapat memilih pemimpin mereka dengan lebih jujur dan ikhlas. Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata budaya itu tidak sepatutnya berlaku ketika UMNO sedang dalam proses pemulihan selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya […]

» Read more

Shahrizat Rasmi Bersara Politik, Sambut Baik Cadangan Naib Presiden Wanita

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Selepas 39 tahun berkecimpung dalam dunia politik, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan bersara secara rasmi. Shahrizat yang ditemui pemberita selepas selesai mengundi pada Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, berkata beliau bagaimanapun akan terus bersama parti sebagai anggota biasa. “Dalam politik, kita mesti tahu […]

» Read more

Hishammuddin Ulangi Sebab Tidak Mahu Bertanding

KLUANG, 23 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan bahawa keputusan beliau untuk tidak bertanding adalah bagi memberi peluang kepada pemimpin lain untuk berkhidmat selain dalam masa yang sama beliau akan membantu memulihkan parti bermula dari Bahagian Sembrong. Menurutnya apa yang penting baginya adalah perjuangan di dalam parti dan bukannya jawatan. “Di atas rasa […]

» Read more

UMNO Melaka Failkan Petisyen Cabar Keputusan PRU14

MELAKA, 23 Jun – UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata dua kerusi DUN itu ialah Telok Mas dan Rembia. “Kita dapati calon (Telok Mas) […]

» Read more

Keanggotaan, Sistem Pemilihan Perlu Diberi Perhatian Pimpinan Baharu UMNO

MELAKA, 23 Jun – Keahlian dan sistem pemilihan adalah antara pelbagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan baharu UMNO yang dipilih pada pemilihan sayap parti esok, kata Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk […]

» Read more

Debat Antara Calon Presiden Tidak Perlu Dilakukan – Mohamad

SEREMBAN, 22 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bersetuju debat antara calon diadakan dalam pemilihan parti kali ini kerana ia akan mendedahkan pelbagai isu dalaman kepada umum. Beliau yang juga calon Timbalan Presiden UMNO berkata pemilihan kali ini disifatkan sebagai pertandingan antara keluarga yang seharusnya dijalankan secara baik. “Tidak perlu debat, kalau dalam […]

» Read more

TRX Tidak Perlu Diselamat Kerana Ia Boleh Bawa Untung – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, projek Tun Razak Exchange (TRX) tidak perlu diselamatkan, sambil menambah bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui projek itu akan membawa  keuntungan. Dalam satu catatan di akaun Facebooknya, beliau berkata, pengambilalihan TRX City Sdn Bhd (TRXC), pemaju utama TRX oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dengan nilai […]

» Read more

UMNO Perlukan Penawar – Ku Li

SHAH ALAM, 22 Jun – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah. Veteran UMNO berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu. Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu. “Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula UMNO khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang […]

» Read more

Khairy Cadang Dua Jawatan Baharu Naib Presiden Untuk Perkasa UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan tambahan dua jawatan naib presiden bagi mewakili wanita dan Sabah sekiranya dipilih sebagai presiden pada pemilihan parti 30 Jun. Anggota Parlimen Rembau itu berkata cadangan itu penting bagi menyuburkan amalan demokrasi di dalam parti berusia 72 tahun itu. “Hari ini seperti ada ‘glass ceiling’ untuk wanita… akan […]

» Read more
1 1,725 1,726 1,727 1,728 1,729 1,733