PKPD Kampung Desa Bajau, Kampung Dasar Baru Dilanjut Sehingga 29 Dis

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu, Sabah yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 29 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,439 ujian saringan dan sebanyak 238 kes kumulatif […]

» Read more

Marilah Bekerja Bersama Saya… Bergerak Ke Depan Demi Rakyat Perak – Saarani

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengajak semua pihak untuk bersama-sama bergerak ke depan dengan melihat secara menyeluruh dan bekerja secara berpasukan demi kepentingan dan kebajikan rakyat Perak. Menurutnya, tanpa sokongan serta dokongan daripada pelbagai pihak sudah pasti beliau tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai peneraju negeri dan tugas yang dipikul pada hari […]

» Read more

Portfolio Exco Perak Ditetapkan Selepas Lengkap 10 Pelantikan

IPOH, 14 Dis – Penetapan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak akan dibuat selepas lengkap pelantikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk jawatan berkenaan, kata Menteri Besar Perak yang baharu Datuk Saarani Mohamad. Beliau berkata lima Exco yang ada sekarang tidak mampu untuk melaksanakan agihan tugas sekiranya penetapan portfolio diberikan kerana mereka bertanggungjawab terhadap beberapa kementerian. “Kita […]

» Read more

Penjana Kapital Berjaya Tarik Lapan Pengurus Dana Modal Teroka Global

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Penjana Kapital Sdn Bhd (Penjana Kapital) telah berjaya menarik lapan pengurus dana modal teroka (VC) dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Singapura untuk melabur dalam dalam syarikat permulaan Malaysia sebagai sebahagian daripada Program Dana Penjana Nasional yang bernilai RM1.2 bilion. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kelapan-lapan pengurus dana modal teroka […]

» Read more

Ahli Parlimen Jalani Kuarantin Perlu Pakai PPE Ke Dewan Rakyat – Speaker

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE). Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di […]

» Read more

Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more

SD Sokong Anwar: Mohamad Alamin Nafi Tandatangan, Timbang Sudut Perundangan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menafikan dakwaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Katanya, sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. “Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

» Read more

PKPD Kampung Numbak Dan Penempatan Telipok, Sabah Tamat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah tamat hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini, dan sebanyak 175 kes kumulatif COVID-19 direkodkan di Kampung Numbak serta 224 kes di […]

» Read more

Tempoh Kuarantin Pengembara, Kontak Rapat Dipendekkan Kepada 10 Hari Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Berkuat kuasa esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. “Semakan […]

» Read more

RM11.26 Juta Bagi Teruskan Inisiatif Heart Of Borneo – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Kerajaan komited meneruskan inisiatif Heart of Borneo (HoB) dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM11.26 juta bagi melaksanakan projek dan aktiviti di bawah inisiatif itu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kesinambungan pelaksanaan HoB di bawah RMK12 itu amat penting selaras dengan matlamat […]

» Read more
1 1,718 1,719 1,720 1,721 1,722 2,266