Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Untuk Membina Semula Parti Keramat UMNO

PEKAN, 24 Mei – Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad berkata, semangat luar biasa diperlukan ketika ini untuk UMNO bangkit dan terus berjuang bagi membina semula keruntuhan parti selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, semua pihak harus bangkit khususnya di peringkat akar umbi bagi menyusun semula jentera, merapatkan saf di peringkat paling […]

» Read more

Pihak Terlibat Siasatan 1MDB Tidak Wajar Keluar Kenyataan – J/Kuasa 1MDB

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkankan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP). Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis […]

» Read more

Pembubaran Jasa Beri Kesan Kepada Kecekapan Kerajaan – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pembubaran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memberi kesan kepada kecekapan kerajaan, kestabilan politik dan ekonomi negara, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategiknya, Tun Faisal Ismail Aziz. Beliau berkata kerajaan memerlukan khidmat Jasa dalam membuat analisa pelbagai isu semasa, mendapat maklum balas rakyat, memberi penjelasan kepada rakyat, memperkukuhkan kestabilan politik dan keselamatan negara serta mendapatkan sokongan […]

» Read more

Tuduhan Pengkhianat Negara Berat, Tapi Saya Sudah Maafkan – Dzulkifli

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Tan Sri Dzulkifli Ahmad memandang serius kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang melabelkan beliau sebagai ‘pengkhianat negara’. Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menyifatkan kenyataan Mohd Shukri sebagai tuduhan yang teramat berat. “Sepanjang tempoh hampir 25 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia, saya telah menjalankan tugas yang diamanahkan […]

» Read more

MB Pahang Umum Portfolio Lapan Exco

CAMERON HIGHLANDS, 23 Mei – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan beliau memegang empat portfolio dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi Penggal ke-14. Empat portfolio itu ialah Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Tanah dan Sumber Asli; Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi; Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli serta Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, […]

» Read more

Pasca PRU14: Rakyat Nilailah Mana Permata Mana Kaca Antara BN Dan PH

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, peralihan kuasa yang berlaku selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan menjadi satu medan kepada rakyat dalam menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Jelas beliau, rakyat mungkin terkeliru dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) sehinggakan mereka tidak […]

» Read more

Semangat Juang Tak Luntur, Pemimpin Parti Suntik Semangat Ahli UMNO Akar Umbi – Ahmad Razif

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pengerusi Perhubungan UMNO  Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, biarpun UMNO dan Barisan Nasional menerima kekalahan besar yang mengejutkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, namun beliau melihat semangat perjuangan ahli-ahli UMNO masih tinggi dan menerima kekalahan itu dengan pemikiran dan sikap yang positif. Menurut beliau, tindakan pantas Datuk Seri […]

» Read more

Khairy Galas Tugas Laksana Cadangan Penambahbaikan UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin telah diberikan tugas oleh parti dalam melaksanakan cadangan serta penambahbaikan UMNO dan BN dalam usaha mengorak langkah ke depan. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media Majlis Tertinggi (MT) UMNO, […]

» Read more

Pertandingkan Semua Jawatan Dalam UMNO Langkah Pertama Kembalikan Kepercayaan Rakyat – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 22 Mei – “Wanita UMNO yakin keputusan untuk membuka semua jawatan dipertandingkan adalah satu langkah pertama yang signifikan bagi merejuvenasikan UMNO sebagai parti yang menjadi sandaran kepercayaan rakyat,” jelas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Jelas beliau, tindakan tersebut (mempertandingkan semua jawatan dalam UMNO) mampu membawa pembaharuan dan perubahan yang diperlukan oleh parti di saat […]

» Read more

UMNO Tak Kan Berkubur, Kini Masa Untuk Bangkit Bina Semula Parti

PEKAN, 22 Mei – Ketua Wanita UMNO bahagian Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman berkata, masa untuk ahli UMNO menangis telah tamat dan kini adalah masa bagi semua ahli mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit membangunkan parti. Jelas beliau, parti keramat UMNO ini tidak akan berkubur begitu sahaja seperti yang diimpikan oleh Pakatan Harapan. “Kami Wanita akan pastikan roh perjuangan kembali […]

» Read more
1 1,687 1,688 1,689 1,690 1,691