Pencemaran Air Tidak Berkesudahan… Pindaan Tambah Baik Akta Amat Bertepatan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berpandangan industri air terus menghadapi pelbagai isu dan cabaran terutama berkaitan pencemaran yang disifatkannya sebagai tidak berkesudahan. Menurut beliau ini kerana sehingga ke hari ini, Malaysia masih berdepan dengan polemik isu gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku akibat pencemaran sehingga menjejaskan rutin harian jutaan pengguna. “Hari […]

» Baca lanjut

UMNO Beaufort Teruskan Khidmat kepada Rakyat, Tolak Politik Kebencian Dan Hasutan

KUALA PENYU, 12 Dis – UMNO Bahagian Beaufort terus komited menjalankan khidmat bakti dengan menyantuni masyarakat setempat, sekali gus membuktikan bahawa perjuangan UMNO tidak pernah terhenti walau berdepan pelbagai cabaran. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat, menegaskan kepentingan bagi parti adalah mengabaikan politik hasutan dan kebencian, sebaliknya menumpukan sepenuhnya kepada khidmat bakti yang menjadi teras perjuangan UMNO sejak sekian lama malah […]

» Baca lanjut

KPWKM Pertimbang Cadangan Pengasuh Bergerak, Utama Keselamatan Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyedari beberapa keperluan baharu termasuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak iaitu pengasuh bergerak. Timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata langkah tersebut masih lagi dalam pertimbangan, namun ia dilihat antara langkah terbaik untuk memastikan keselamatan kanak-kanak diutamakan. “Kementerian memang tengah meneroka satu konsep baru iaitu pengasuh bergerak berdasarkan permintaan dan […]

» Baca lanjut

Pembebasan Ahmad Zahid: Keputusan Amat Bermakna, Bersama Bina Kepercayaan Untuk Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua tuduhan berkaitan kes Visa Luar Negara (VLN) yang membabitkan Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut […]

» Baca lanjut

Inisiatif Rumah Kasih Johor Diperluas: Lebih Ramai Golongan Miskin Miliki Kediaman – Mohd Jafni

KULAI, 12 Dis — Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor selesai menyempurnakan penyerahan surat tawaran Rumah Kasih Johor (RKJ) Tahun 2024 kepada Pegawai Daerah dan wakilnya di Kota Iskandar dengan inisiatif menyediakan kediaman percuma bagi golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data E-Kasih di seluruh negeri. Beliau yang juga Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan […]

» Baca lanjut

Jeffery Nor Gesa JPKK-P Tingkatkan Usaha, Beri Impak Besar Dalam Pembangunan Sabah

PUTATAN, 12 Dis – Pengarah Jentera Pilihan Raya Sabah, Jeffery Nor Mohamed, yang juga Pengerusi FELCRA Balingian Sdn Bhd, menggesa semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK-P) yang telah dilantik agar terus bekerja dengan komitmen tinggi serta memberi impak yang signifikan terhadap pembangunan komuniti luar bandar. Menurut beliau, ini adalah masa yang tepat untuk mengenal pasti dan melaksanakan inisiatif […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Kekal Bebas 40 Kes Rasuah VLN

PUTRAJAYA, 12 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN. Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu bahawa Jabatan […]

» Baca lanjut

UMNO Teguh Wujudkan Kestabilan Politik Dan Pertumbuhan Ekonomi Negara – Atiqah

KUALA LUMPUR, 12 Dis – UMNO terus memainkan peranan penting dalam merangka serta melaksanakan dasar Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara. Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju, Nur Atiqah Khir Johari berkata sebagai parti yang mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan, UMNO berusaha mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk kesejahteraan rakyat. “UMNO dilihat gigih memastikan kestabilan […]

» Baca lanjut

Kewangan Islam Dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia Terus Diperkasakan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi (JKPK), Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pembentangan penyata dan sesi penerangan semalam, merupakan inisiatif yang diharapkan dapat membantu memperkasakan perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri Halal di Malaysia, seterusnya meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa. Menurut beliau dalam usaha untuk terus memacu hala tuju industri Halal […]

» Baca lanjut

Kerajaan Tiada Hasrat Perkenal TVET Kepada Lepasan Darjah 6 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memperkenalkan program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan Darjah 6, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi […]

» Baca lanjut
1 161 162 163 164 165 1,886