Tujuan Kita Untuk Rakyat… Pertahan Melayu Dan Islam – Ketua UMNO Tambun

TAMBUN, 21 Julai – Ketua UMNO bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata pasca pilihan raya lalu menyaksikan UMNO diuji dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, sehingga menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat. Menurut beliau dalam keadaan sedemikian, UMNO tidak pernah menyimpang daripada asas perjuangannya iaitu berkhidmat untuk rakyat, dan mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara. “Musuh memang berhajat untuk menghilangkan UMNO […]

» Read more

DIPN Bakal Dibentang Kepada Mesyuarat Jemaah Menteri Pada Ogos 2025 – Mohamed Khaled

]KUALA LUMPUR, 21 Julai – Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) kini dalam peringkat akhir penyediaan dan dijadualkan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha pembangunan keupayaan pertahanan kendiri meliputi pelbagai aspek adalah untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada kuasa luar. “Kementerian Pertahanan sememangnya berpendirian bahawa keupayaan pertahanan kendiri merupakan teras […]

» Read more

“Tak Banyak Alasan”: Pemuda UMNO Putrajaya Komited Santuni Warga Memerlukan

PUTRAJAYA, 21 Julai – Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya terus mengorak langkah dalam usaha kebajikan melalui inisiatif bertemakan #TakBanyakAlasan, dengan menyantuni lebih 130 warga setempat dalam tempoh dua hari berturut-turut, melibatkan kawasan sekitar Presint 9 dan Presint 17. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Iqbal Munawwir Tengku Adnan, memaklumkan bahawa gerak kerja ziarah dan penyerahan bantuan melibatkan lebih 70 penduduk pada […]

» Read more

Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Akan Dibentang Pada Mesyuarat Kali Ini – Azalina

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Bacaan kali kedua dan ketiga pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat akan dibentangkan pada sidang mesyuarat Parlimen kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata, pindaan tersebut merupakan Fasa 1 dalam inisiatif memperbaharui dan mengukuhkan undang-undang tadbir urus yang […]

» Read more

Dasar Luar Pasca-Kepengerusian ASEAN 2025, Kos Haji Tumpuan Hari Pertama Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini menyaksikan perbahasan mengenai hala tuju dasar luar Malaysia pasca-Kepengerusian ASEAN 2025, transformasi digital dan isu kenaikan kos haji menjadi antara agenda utama. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang dipaparkan menerusi portal Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) membangkitkan persoalan mengenai masa depan dasar luar Malaysia […]

» Read more

SUA Seru Hentikan Budaya Politik Sate, Kembali Kepada Asas Perjuangan UMNO

BUKIT GANTANG, 20 Julai – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati semua pihak dalam parti agar menghentikan budaya politik sate supaya UMNO kembali kuat dan menang dalam pilihan raya. Ujarnya, politik sate adalah analogi yang tepat kepada sikap mengadu domba dan batu api kerana adanya tukang cucuk, kipas, bakar dan balik-membalik. “Saya tekankan kepada perwakilan bahawa […]

» Read more

UMNO Perlu Rampas Semula Pagoh dan Bukit Kepong – Wan Rosdy

PAGOH, 20 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa parti itu perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong yang tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, walaupun cabaran politik semakin kompleks, tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya semua ahli parti bekerja […]

» Read more

Pesta Arak Dan LGBT – Gesa Siasatan Segera, Menyeluruh Dijalankan

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin merasa amat dukacita serta kecewa terhadap laporan berkenaan satu pesta arak dan aktiviti LGBT yang dilaporkan baru-baru ini. Katanya, perkara ini bukan sahaja mengejutkan umat Islam, malah ia mencalarkan maruah dan akidah sebagai sebuah negara yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan. “Apa yang berlaku adalah […]

» Read more

Nasihat Saya Kepada Pas, Tinggalkan Sahaja PN – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menasihatkan Pas untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang sememangnya menghadapi masalah di bawah pentadbiran Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini kerana katanya, perjumpaan Muhyiddin bersama 11 Ketua Parti Blok Pembangkang yang diadakan pasa dua hari lalu dilihat tidak dihadiri oleh para pemimpin Pas. “Dua hari lepas […]

» Read more

Politik Khidmat Sahaja Tidak Mencukupi, UMNO Perlu Strategi Menang Pilihan Raya – Norliza

SUNGAI SIPUT, 20 Julai – Politik khidmat dan santuni rakyat yang menjadi tradisi UMNO kini tidak lagi mencukupi untuk parti memenangi pilihan raya, ujar Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Norliza Abdul Rahim. Katanya, pengalaman berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan kesan yang parti hadapi memberi pengajaran bahawa politik strategi amat penting terutama dalam penggunaan media sosial. […]

» Read more
1 14 15 16 17 18 1,936