Inovasi Sains Bolehkan Negara Kawal COVID-19 – Khairy

REMBAU, 5 Sept – Kepercayaan masyarakat terhadap ilmu sains serta kepatuhan kepada nasihat pakar terutama pengamal perubatan merupakan antara faktor membolehkan negara mengawal penularan pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata selain itu banyak inovasi baharu terhasil daripada idea dan bakat anak tempatan, ekoran penularan pandemik berkenaan di negara ini. “Sebuah syarikat di bawah […]

» Read more

48 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Sebanyak 48 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPP mengeluarkan kompaun terhadap 47 daripada individu berkenaan manakala seorang lagi dijamin. Menurutnya, tidak memakai pelitup muka dilaporkan sebagai kesalahan […]

» Read more

Polis Tidak Terima Laporan Sogokan Wang Pada PRK Slim

BAGAN SERAI, 4 Sept – Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Sabtu lepas disogok dengan wang sebagaimana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata sekiranya menerima laporan, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Pernah Berhasrat Masuk Sarawak, Yakin Kemampuan GPS – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan pernah berhasrat untuk masuk ke Sarawak. Demikian penegasan yang dibuat oleh Ahmad Zahid di dalam Twitternya dan berkata ia adalah keputusan muktamad. “UMNO yakin dengan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), sementelahan GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang […]

» Read more

198 Individu Ditahan Atas Kesalahan Ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 198 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata PDRM, yang mengetuai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPP, mengeluarkan kompaun terhadap 184 individu manakala sembilan direman dan lima lagi dijamin. Jelasnya kesalahan tertinggi dilaporkan adalah aktiviti […]

» Read more

Iklan Mengelirukan: 151 Laman Sesawang, 319 Akaun Media Sosial Disekat

PUTRAJAYA, 3 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) menyekat 151 laman sesawang dan 319 akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram sejak Januari 2018 hingga 19 Jun 2020 kerana mempromosikan produk makanan dengan iklan mengelirukan. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dalam tempoh sama, sebanyak 71 amaran turut dikeluarkan terhadap pengiklanan yang menyalahi Akta Makanan 1983 (Akta 281), melibatkan kesalahan […]

» Read more

Bas Perantara LRT Berwajah Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendalian operasi perkhidmatan bas Rapid KL hari ini menampilkan wajah baharu bas perantara LRT, bagi menghubungkan penumpang yang menggunakan rel dengan stesen LRT secara efektif. Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penampilan wajah baharu itu juga bertujuan membolehkan pengguna membezakan bas Rapid […]

» Read more

Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150,000 Kes COVID-19

PUTRAJAYA, 3 Sept – Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara […]

» Read more

KKMM Rancang Bina 500 Menara Komunikasi Baharu Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Sekurang-kurangnya 500 menara komunikasi baharu dirancang untuk dibina di 210 mukim di seluruh negara bermula suku keempat tahun ini, bagi penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar 4G. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata rancangan itu merupakan antara inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara bagi meningkatkan […]

» Read more

Malaysia Tidak Terburu-Buru Beli Vaksin Covid-19

PUTRAJAYA, 3 Sept – Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin COVID-19 kerana ia mahu memastikan terlebih dahulu bahawa vaksin berkenaan benar-benar berkesan dan selamat digunakan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa, dengan fasa terakhir adalah ujian ke atas manusia. “Kita tunggu negara […]

» Read more
1 1,444 1,445 1,446 1,447 1,448 1,952